Famili

Apa Nak Buat Bila Hidup Dengan Pasangan Suka Menguji?- Dato’ Dr Fadzilah Kamsah

25
SHARES

Peroleh pasangan yang memahami, pandai mengambil hati dan sentiasa bertoleransi amatlah membahagiakan. Namun, jika yang sebaliknya iaitu peroleh pasangan yang sentiasa menguji diri, kadang-kadang hingga tak tertanggung perasaan itu.

Perpisahan seringkali menjadi satu pilihan. Namun begitu, ia bukanlah pilihan wajib kerana ada jalan lain untuk membantu dalam mengubah diri sendiri bersama pasangan yang mungkin tanpa sedar kalian kekurangan di situ.

Baca juga: Ini Sebab Kenapa Isteri Masih Pertahankan Rumah Tangga, Walaupun Jiwa Dah Kosong- Dato’ Dr Fadzilah Kamsah

ADA SATU PERKARA WAJIB ANDA PERLU BUAT TERLEBIH DAHULU

Sekadar gambar hiasan:

Melalui perkongsian dari Dato’ Doktor Haji Mohd Fadzilah Kamsah, sekiranya anda ditakdirkan hidup bersama pasangan yang suka menguji, maka terdapat satu perkara yang anda wajib buat terlebih dahulu. Jom baca!

Apa nak buat bila hidup dengan pasangan yang suka menguji?

Jika ditakdirkan kalian hidup dengan pasangan yang sering menguji kesabaran, kekuatan, ketabahan dan sering membuat kita berada dalam keadaan tertekan, sedih dan tak bahagia, ada satu perkara yang kalian wajib buat terlebih dahulu.

Iaitu…

Baiki hubungan kamu dengan Allah SWT.

Solatlah awal waktu, dekatkan dirimu denganNya dan mengadulah padaNya. Kena beringat, bahawa Allah tidak akan menguji melebihi kemampuan hambaNya. Menangis dan berserahlah hanya padaNya.

Allah beri ujian ini kerana Dia pilih kita untuk sentiasa ingat dan ingin dekat denganNya. Segala ujian yang hadir di dalam hidup kita, pasti jualah Allah yang memudahkan kita dalam tiap kesusahan ini.

FAHAMI MAKSUD ‘MEMUDAHKAN’ BUKANLAH BEERTI PERPISAHAN SAJA…

Sekadar gambar hiasan.

Kena faham dengan maksud “memudahkan” itu tidaklah bererti membawa kepada perpisahan semata-mata.

Memudahkan itu maksudnya, siapa tahu Allah jugalah yang menggerakkan hati pasangan untuk berubah. Masalah tiba-tiba selesai dan berubah 360 darjah.

Atau hal yang paling mustahak lagi adalah kita sendiri berubah asbab dari beriktihar untuk mencari solusi pada masalah tersebut.

Buat masa ini, jalani hidup kalian seperti biasa. Berserahlah padaNya dan pasti akan tiba satu masa nanti segala-galanya akan baik seperti biasa.

Baik dalam rumah tangga kembali harmoni ataupun baik dalam keadaan kehidupan baharu bermula semula. Doa yang baik-baik sahaja.

Sumber: Facebook Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×