Asuh

Doktor Kongsi Teknik Pelukan Yang Betul Elak Anak ‘Keras Hati’ & ‘Melawan’

231
SHARES

Pelukan ibu bapa kepada anaknya bukan sahaja untuk mengungkapkan rasa kasih sayang, tapi ia meliputi pelbagai aspek seperti emosi, didikan mahupun perkembangan anak itu sendiri. Sebenarnya, anak kecil dan bayi memerlukan 5 hingga 6 pelukan setiap hari daripada ibu bapanya untuk merasai dirinya sentiasa disayangi.

Menyentuh kepada aspek emosi, pelukan sangat penting untuk meredakan ‘kemarahan’ anak apabila dimarahi. Dalam kata lain, anak yang sedang mengamuk akan mula tenang apabila dipujuk dengan ayat pujukan serta pelukan daripada ibu bapa. Apa yang penting, setiap pelukan anda itu perlulah ‘sampai’ ke hati anak.

Berdasarkan pendapat doktor ini, seseorang anak yang tak rasa dicintai dan disayangi akan lebih berpewatakkan keras hati dan suka melawan. Mungkin cara anda memeluk anak selama ini tidak betul dan anak tak dapat ‘rasa’ kasih sayang daripada anda. Beliau juga telah berkongsikan cara pelukan yang betul supaya anak merasa kasih sayang anda terhadapnya.

Cara Pelukan Yang Betul Kalau Tak Nak Anak Keras Hati & Melawan

Mungkin cara kita peluk anak selama ni tak betul kot. Itu yang anak makin keras dan melawan!
Anak yang tak rasa dicintai dan disayangi memang akan lebih keras dan suka melawan. Padahal kadang kadang kita sayang je anak anak kita tapi rupa-rupanya mereka TAK DAPAT RASA.
Kita sayang je tapi mungkin mesej tu tak sampai kat anak kita!

Sini saya nak kongsi cara peluk yang betul :

1. Baiki dulu emosi kita. Jangan pergi peluk anak masa kita tengah stress melampau. Ambil deep breathing dulu dan ambil nafas daripada perut untuk tenangkan emosi.

2. Melutut dulu. Biar mata kita dan anak kita tu selaras atau satu level. Masa ni kalau kita ada buat salah kat anak pun, kita boleh saja mintak maaf. Tak jatuh pun darjat mak ayah kalau mintak maaf pada anak.

3. Jangan peluk anak dengan paksaan. Kalau anak jenis susah nak bagi peluk atau rimas kena peluk, pandai-pandai la cari cara untuk pujuk mereka. Alih fokus dan perhatian mereka pada benda di luar sana. Tunjuk pada anak kita tu kereta tengah melintas ke, burung berterbangan ke atau si ayah tengah berdengkur ke.

4. Bila dah berjaya peluk anak. Samakan bahagian dada kita dengan dada anak kita. Rapatkan dada kita sampai bertemu dengan dada anak kita.

5. Ingat! Jantung kita yang kat dada tu ada electromagnetic fields yang kuat yang boleh dikesan sejauh beberapa kaki daripada badan kita!

6. InsyaAllah dengan cara pelukan yang betul, anak kita akan lebih tenang dan dia akan boleh rasa yang dia disayangi.

7. Senakal nakal anak pun kalau dipeluk mereka akan kalah kerana keinginan untuk dipeluk itu adalah FITRAH TERINDAH mereka!

Sumber: Taufiq Razif

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×