Euforia Bola 2026
Dapur

Cara Masak Seafood Ikut MASA Yang Betul, Lebih ‘Juicy’, Tak Mentah & Tak Liat Bila Makan!

makanan laut

Sebut sahaja makanan laut, pasti ramai menggemarinya terutamanya sekali jika dimasak dengan cara yang betul seperti perkongsian di bawah ini.

Setiap makanan laut perlu dimasak mengikut waktu bersesuaian agar kekal ‘juicy’. Jika terlebih masak, teksturnya boleh menjadi keras, liat, atau kering.

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Resepi Kek Butter Kesukaan Suami, Mudah Tapi Hati Mesti Terpikat!

CARA MASAK MAKANAN LAUT SUPAYA KEKAL SEDAP

MAKANAN LAUT

Freepik

Cara masak makanan laut adalah bergantung pada jenis, saiz, dan kaedah memasak (rebus, goreng, bakar, kukus, tumis). Setiap kaedah itu mempunyai masa memasak yang disyorkan agar lebih sedap.

Berikut penulis kongsikan:

Kerang

Rebus/kukus: 5–7 minit.
Tanda masak: Cengkerang akan terbuka.

Sotong

Tumis/goreng/rebus: selama 2–3 minit sahaja.
Tanda masak: Bertukar warna putih dan tidak liat bila digigit.
Masak sotong lebih 3 minit akan menjadi keras dan liat.

Ketam

Rebus/kukus: 10–12 minit
Tanda masak: Cengkerang akan bertukar oren kemerahan, isi jadi pejal dan putih
Jangan masak kurang dari 8 minit kerana takut ketam belum masak sepenuhnya.

Udang

Rebus/tumis: selama 2–4 minit sahaja bergantung saiz.
Goreng: 2–3 minit setiap sisi.
Tanda masak: Kulit bertukar kemerahan, isi kenyal dan kulit tak lutsinar.

Siput sedut

Rebus/tumis/ masak lemak: 10–15 minit.
Tanda masak: Isinya mudah ditarik keluar dan kuah sudah mendidih.
Jangan masak terlalu lama kerana isi boleh menjadi keras dan liat.

Semoga bermanfaat dan boleh cuba masak makanan laut anda mengikut saranan ini.

Baca juga: Cara Buat Cream-O Pop Stick Di Rumah, Snek Comel Macam Ini Pasti Anak Suka!

Sumber: Alaskan King Crab

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×