Menerusi perkongsian seorang ibu di laman TikTok, dia meluahkan rasa sebak dan simpati terhadap anak lelakinya bernama Luqman yang difahamkan ada masalah jantung. Jelas si ibu bernama Zaefieyrra, masalah jantung tersebut dihadapi oleh anaknya bermula sejak dilahirkan lagi.
Baca juga: Tak Pernah Sesal Berhenti Kerja Jaga Arwah Ibu, Pemuda Ini Masih Ingat 8 Pesanan Ibunya…
ANAK ADA MASALAH JANTUNG, PUNCA BADAN JADI LUMPUH SEBELAH
Menjengah ke video lain, Luqman difahamkan sangat mudah demam kerana imunisasi badannya tidak kuat. Pada awal tahun 2024, badan sebelah kirinya mengalami lumpuh.
Si ibu mengambil keputusan untuk melakukan pemeriksaan lanjut bersama pihak hospital untuk mengetahui punca berlakunya lumpuh.
Hasil pemeriksaan mendapati terdapat nanah di sebelah kanan bahagian kepala Luqman. Atas nasihat pakar, mereka terpaksa duduk di hospital selama 2 bulan untuk merawat sakit Luqman.
Selain itu, si ibu turut buntu memikirkan tentang sekkolah yang bakal didaftarkan untuk anaknya pada tahun hadapan kerana sudah memasuki Tahun 1.
“Tahun depan darjah 1 dah Abang Luqman. Kalau anak-anak yang ada penyakit ini, biasa hantar sekolah harian atau macam mana?” ujarnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata warganet memberi pendapat untuk ibu ini agar memasukkan si anak di sekolah bersesuaian dan meminta nasihat doktor terlebih dahulu. Hal ini supaya Luqman selesa semasa berada di sekolah walaupun agak sukar untuk dirinya.
*Semoga urusan ibu dan Luqman dipermudahkan semuanya.
Baca juga: Salah Siapa Generasi Sekarang ‘Perangai’ Semakin Menjadi-Jadi? Ibu Ayah Baca PERINGATAN Ini
Sumber: TikTok Zaefieyrra