Famili

Tak Pernah Sesal Berhenti Kerja Jaga Arwah Ibu, Pemuda Ini Masih Ingat 8 Pesanan Ibunya…

4
SHARES
MURAH REZEKI

Menerusi perkongsian seorang lelaki di laman Facebook, dia menyatakan bahawa kehidupannya lebih murah rezeki selepas berhenti kerja di bandar kerana ingin menjaga ibu yang sakit.

Jelasnya, tindakannya untuk pulang ke kampung itu tidak pernah disesali kerana itu membuatkan jalan rezekinya lebih terbuka. Tambahnya lagi, dia tidak pernah lupa 8 pesanan arwah ibu dan masih dipraktikkan sehingga sekarang.

Baca juga: Susah Nak Cari Wang Kecil Untuk Anak Belanja Sekolah, Wanita Ini Gesa Buat Sistem ‘Cashless’

MURAH REZEKI SEBAB BALIK KAMPUNG & JAGA MAK SAKIT

MURAH REZEKI

1. Rezeki yang ditetapkan

Mak cakap “ Setiap yang bernyawa pasti ada rezekinya. Setiap seorang itu ada rezeki dengan tak perlu ambil rezeki dari orang lain. Bayangkan mak sakit pun bila masih hidup ada yang suapkan mak.”

Allahuakbar menyusup ke hati bila mak cakap macam itu. Jadi, jangan pernah risau tentang rezeki kita.

2. Rezeki yang digantungkan

Saya tak faham juga apa maksud mak masa tu. Rupanya bila saya semak tafsir quran surah An-Najm: 39 maka “ Tidaklah manusia mendapatkan apa-apa kecuali apa yang dikerjakannya.”

3. Sentiasa sabar

Sesuatu halangan dan cabaran berlaku itu perlulah bersabar. Jika tak boleh sabar kau bersyukur kerana setiap orang yang bersyukur Allah pasti tambahkan rezekinya berlipat kali ganda.

4. Rezeki yang tidak disangka-sangka

Mana kita tahu rezeki kita hari ini? Biasa yang kita dapat rezeki yang tidak disangka-sangka. Rezeki datang dari pelbagai arah dan caranya.

5. Rezeki kerana istighfar dan berselawat 

Mak pernah pesan, doa yang paling sampai apabila berdoa bersungguh-sungguh ketika hujan turun dan sehingga hati bergetar. Segalanya diserahkan kepada kekuasaan Allah maka memperbanyakan hartanya dan rezekinya.

6. Rezeki kerana bernikah 

Bila bagitahu mak nak kahwin umur 22 tahun, mak orang yang paling menyokong dan tak terkejut kerana dia percaya pada rezeki.

7. Rezeki kerana anak 

Mak yang paling happy sebab mak cakap “ ada tu rezeki anak-anak”.

8. Rezeki kerana bersedekah

“Siapakah yang mahu memberi pinjaman kepada ALLAH, pinjaman yang baik (infak & sedekah), maka Allah akan melipatgandakan pembayaran kepadanya dengan lipatan yang banyak.” Surah Al-Baqarah : 245

Doa ibu sememangnya kuat dan diharapkan kita semua dapat berbakti kepada ibu ayah tersayang.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Perempuan Kalau Nak Cantik Luar & Dalam Kena Dengar 10 Nasihat Ini. Jangan Toksik!

Sumber: Facebook Coach Bahar

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×