Famili

Tanda-Tanda Anak Lelaki Anda Sudah Akil Baligh, Jangan Tak Tahu Pula…

1
SHARES
AKIL BALIGH

Menerusi laman sesawang MyHealth, akil baligh adalah satu peringkat dalam hidup di mana tubuh badan akan berubah dari kanak-kanak ke seorang dewasa.

Perubahan-perubahan ini termasuklah ciri-ciri seks ‘primer’ dan ‘sekunder’ yang disebabkan oleh bahan kimia di dalam badan dipanggil hormon.

Baca juga: Hukum Laungkan Azan Sebelum Bertolak Ke Mekah, Dibolehkan Atau Sebaliknya?

AKIL BALIGH: INI PERUBAHAN PADA ANAK LELAKI

AKIL BALIGH

Bagi anak lelaki, perubahan yang dapat dilihat adalah:

  • Perubahan zakar (penis) dan buah zakar (testis)
  • Pertumbuhan misai dan janggut
  • Suara lebih garau
  • Bulu di bahagian kemaluan tumbuh
  • Bulu ketiak mula tumbuh
  • Mengalami mimpi basah sehingga ejakulasi
  • Kuat berpeluh

Biasanya, lelaki dan perempuan usia antara 9 hingga 16 tahun akan mula akil baligh. Walau bagaimanapun, ada juga yang lebih awal atau lewat.

Antara faktor seseorang itu mengalami akil baligh awal adalah kerana:

  • Nutrisi yang lebih baik
  • Stres
  • Bahan kimia di dalam makanan

Perlu ingatkan jika akil baligh terlalu awal atau lewat, anda mungkin juga mengalami masalah kesihatan. Sebaiknya dapatkan nasihat pakar untuk rawatan lanjut.

PERKEMBANGAN CIRI SEKSUAL SEKUNDER

5 peringkat di dalam perkembangan ciri seksual sekunder dikenali sebagai Peringkat Tanner.

Tahap satu

– Pada tahap satu ini, keadaan kanak-kanak sama seperti dari lahir sehingga akil baligh. Zakar akan memanjang sedikit tetapi tiada perubahan yang sangat ketara.

Tahap dua

– Kerandut buah zakar (skrotum) mula membesar dan ada warna kemerah-merahan di kawasan tersebut.

Tahap tiga

– Zakar mula membesar dan memanjang serta kerandut buah zakar alami sedikit pembesaran.

Tahap empat

– Zakar semakin memanjang dan membesar serta kepala penis juga terbentuk. Skrotum lebih membesar dan kulit semakin gelap.

Tahap kelima

– Kemaluan lelaki sudah mencapai saiz orang dewasa.

Selain itu, menurut mazhab al-Syafie had umur baligh seseorang itu adalah pada usia 15 tahun qamariyyah berdasarkan dalil-dalil yang ada.

Semoga artikel ini memberi manfaat buat semua.

Baca juga: “Alam Nashrok Like A Sword Rock” – Hukum Persenda Ayat Al-Quran Sebagai Hiburan

Sumber: MyHealth & Hello Doktor

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×