Dapur

Nak Buat Japchae Macam Di Korea Guna Glass Noodle Bukan Suhun, Resepi Ini Dapat 29K Shares!

3
SHARES

Japchae bukanlah makanan asing lagi buat peminat K-Drama dari negara ini. Sudah pasti anda biasa melihat ia dihidangkan di dalam mangkuk berupa aluminium. Mi ini kelihatan seperti suhun namun ia merupakan mi kaca khas dari Korea yang diperbuat dengan keledek sebagai bahan utamanya.

Justeru itu, kalau nak tahu perbezaan antara mi kaca (sweet potato glass noodles) dan suhun serta resepi Japchae, mari ikuti perkongsian resepi di bawah oleh Puan Zurina Zulkefli.

Baca juga: Resepi Jem Tart Nenas Boleh Tahan Hingga Setahun!

JAPCHAE KOREA GUNA SWEET POTATO GLASS NOODLES

Japchae yang sudah digaul bersama campuran sayur.

Selalu orang keliru Japchae ini suhun ke? Bagi gambaran lebih jelas, sila lihat gambar terakhir.

Saya jawab bukan. Japchae ini hidangan yang menggunakan mi kaca (sweet potato glass noodles), secara fizikal lebih kurang suhun tapi dari bahan yang berbeza. Tekstur mi kaca ni lebih kenyal berbanding suhun yang sedikit halus. Boleh rujuk gambar akhir.

Hari ni saya masak Japchae untuk bekal minum petang suami di tempat kerja. Rasa Japchae ini sedap sebab campuran sayur yang banyak.

“Kalau saya nak cuba masak Japchae, tapi guna suhun tak boleh ke?” Boleh je, guna resepi yang sama tapi pastikan suhun yang dimasak tidak terlalu kembang.

RESEPI JAPCHAE DARI KOREA

BAHAN-BAHAN

A. MI KACA (GLASS NOODLE)

Mi kaca yang diambil separuh dari paket, rebus selama 5 minit. Sehingga lembut, angkat dan toskan. Letak tepi.

B. SAYUR PELBAGAI JENIS WARNA

Campuran sayur mesti mempunyai 5 jenis warna yang pelbagai.

1. Hijau – Sayur pak choi atau bayam, rebus dan toskan.

2. Kuning – Telur ayam dimasak dadar.

3. Jingga – Lobak merah, dihiris memanjang dan sangai di atas kuali dengan secubit garam.

4. Putih – Bawang Holland, dihiris dan disangai.

5. Hitam – Cendawan shitake /kulat hitam / daging perap kicap. Hiris memanjang masak.

C. JENIS SOS HITAM

Sos hitam:

  • 3 sb kicap cair/masin.
  • 3 sb kicap pekat.
  • 2 sb sos tiram.
  • 2 sb minyak bijan.
  • 1 sb gula/gula perang.
  • 1 sk garam.

Campurkan kesemua sekali dan masak di atas kuali sehingga sebati.

CARA PENYEDIAANNYA:

1. Tuangkan sos hitam ke atas mi kaca yang direbus tadi. Gaul sebati.

2. Masukkan campuran sayur tadi. Gaul rata.

3. Tambah biji bijan yang telah disangai. Siap, boleh dibawa bekal.

PERBEZAAN MI KACA & SUHUN

Ini dia mi kaca atau nama lain, Sweet Potato Noodles. Saya beli ni di pasaraya besar (Lotus/Aeon/Shopee pun ada). Harga lebih kurang RM11 tapi boleh guna 3 kali hidangan. Saya letakkan Mi Kaca sebelah Suhun, supaya nampak perbezaan.

Gambar: Mi kaca (kiri) dan suhun (kanan).

Sumber: Facebook Zurina Zulkefli

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×