Dapur

Rupanya Banyak Manfaat Halba Pada Orang Perempuan, Jom Cuba Buat Jamu Halba Ini, Menarik!

41
SHARES
khasiat halba

Halba merupakan antara rempah yang digunakan dalam masakan sebagai penyedap rasa. Bukan itu sahaja, khasiat halba juga sangat bagus untuk memanaskan badan dan melancarkan peredaran darah. Tapi, takkan nak makan halba macam itu sahaja bukan?

Berdasarkan satu perkongsian di laman Facebook, wanita ini berkongsikan cara untuk anda buat jamu homemade menggunakan halba dan beberapa bahan berkhasiat yang lain. Khususnya buat wanita yang ingin memanaskan bahagian dalam badan sebagai tujuan kesuburan, jamu halba homemade ini wajib dicuba!

Baca juga: Cara Dapatkan Kulit Cantik Dengan Menggunakan Asam Jawa, Petua Mujarab Orang Dulu-Dulu

BANYAK KHASIAT HALBA, RUPANYA BOLEH BUAT JAMU JUGA!

khasiat halba

Hai semua! Oleh kerana ramai pulak tegur saya nampak dah kurus sikit, saya  sharelah petua. Padahal baru je try jamu homemade ni.Angin keluar berebut-rebut…yang rajin boleh cuba ye.

-7 sb halba
-7 inci halia
-7 ulas bawang putih
-1 1/2 sb lada hitam

Sagai (masak tanpa minyak) halba & lada hitam, tumbuk halia & bawang putih, bland kering semua bahan, gentelkan jadi bulat-bulat guna kan sedikit air. Simpan peti ais. Saya makan 1 biji pagi, 1 biji malam sebab besar, lebih pun boleh, telan guna air je sebab jamu ni lembut.

Khasiat Halba

Lepas ni kita mesti ada stok a least 1 kilo halba kt rumah…

Rasulullah saw bersabda :

‘Sekiranya umatku tahu akan kelebihan Halba nescaya mereka sanggup tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas ? ‘
Sila baca dan sebarkan . Tak perlulah berbelanja lebih sedangkan ubat yang murah, berkesan dan mudah digunakan boleh didapati dengan mudah di kedai mamak sahaja.

Rasulullah saw bersabda :

“Sekiranya umatku tahu akan kelebihan Halba nescaya mereka sanggup tukarkannya dengan sebanyak timbangan emas ‘(Books of Sufi Healing m.s.58)”

Pada suatu hari Rasulullah saw menziarahi sahabat Saad bin Abi Waqqas yang sedang sakit. Rasulullah saw menyuruh dipanggil tabib. Al Harith Ibn Qaldah datang merawat Saad bin Abu Waqqas. Beliau mengesyorkan agar Saad makan Halba dan Korma Ajwa’. Dengan izin Allah Saad pun sembuh dari sakitnya.

Rasulullah saw kemudiannya bersabda :

‘Gunakanlah Halba sebagai ubat'( Qamus Al-Tibb ? Ahad Qodamah-Mesir)

Kegunaan Halba

1. Diminum sebagai teh untuk

Melancarkan haid
– Menghilangkan kembung,sebu dan senak
– Pencuci perut
– Menguatkan jantung
– Menghilangkan lender tekak
– Melegakan sakit kepala/ migraine
– Membuang angin
– Menyembuhkan buasir
– Senggugut
– Merangsang rahim
– Kegemukan
– Kurang berat badan
– Mengawal kencing manis
– Radang kulit dan Bisul

2. Teh Halba + Madu

Kurangkan ketagihan rokok dan dadah
– Anemia

3. Untuk anak-anak yang baligh

– kecergasan
– kekuatan badan
– Tumbesaran

4. Untuk ibu menyusu

– Banyakkan air susu

5. Halba juga adalah ramuan tradisi menambahkan nafsu lelaki dan wanita.

Memanaskan buah pinggang dan organ pembiakan. Menjadi amalan kuno tabib China untuk rawatan mati pucuk. Halba merupakan antara ubatan yang tertua di dunia dan digunakan oleh Al-Abqirad ( Hippocrates) iaitu bapa perubatan Yunani.
Di Terengganu halba adalah salah satu ramuan dalam adunan nasi dagang.

Mana Nak Beli Halba?

khasiat halba

Halba boleh dibeli di kedai mamak atau dah di pek secara komersil dipasaraya. Juga dikenali sebagai Kelabet. Halba berfungsi mengubah rasa makanan utama seperti kari dan sayur. Digunakan juga untuk membuat kuih. Dikenali sebagai;

Cina: Hu Lu Ba
Inggeris : Fenugreek (Trigonella foenum-graecum L.)
Tamil : Vendayam

Boleh digunakan untuk masak asam pedas cara org Melaka. Juga untuk stamina, kecergasan dan untuk menstabilkan gula dalam darah, sesiapa yang ada masalah diabetis boleh juga cara ni.

Cara-caranya :-

Goreng halba tanpa minyak – jgn plak sampai hangus. Masukkan dalam bekas. Campurkan air panas, biarkan sehingga suam-suam kuku dan bolehlah diminum . Jika diamalkan selalu, Insya-allah dpt membantu.

Selamat mencuba!

Sumber: Suziana SZ

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×