Dapur

Cara Paling MUDAH Nak Buang Kuku Kaki Ayam, Barulah Bersih Sebelum Masak!

12
SHARES
kuku kaki ayam

Kaki ayam mempunyai penggemarnya tersendiri. Namun begitu, tak ramai yang tahu cara penyediaan kaki ayam ini termasuklah cara membuang kukunya. Disebabkan itu, ramai yang membeli daripada masak sendiri bahagian ini. Sebenarnya, ada cara mudah buang kuku kaki ayam sebelum anda masak.

Kalau nampak je kuku kaki ayam dalam sesuatu hidangan terus spoil mood nak makan sebab risau dengan tahap kebersihan makanan itu. Kaki ayam ini kalau dimasak memang sedap tapi itulah bahagian yang paling sensitif, nampak sikit je kukunya memang terus tolak hidangan itu! Jangan risau, jom ikuti perkongsian penulis mengenai tips mudah buang kuku kaki ayam.

Baca juga: Bibik Oh Bibik! Tak Potong Kuku Ayam Dulu Ke Sebelum Masak?

TIPS MUDAH BUANG KUKU KAKI AYAM

Bahan-bahan:

  • Pisau tajam
  • Pengepit

Cara membuang kuku kaki ayam:

1. Rebus kaki ayam supaya senang proses membuang tulang dan kukunya. Anda perlu agak-agak tempoh merebus itu kerana jika direbus untuk masa yang pendek, kaki ayam anda akan menjadi keras.

2. Selepas direbus, potong kulit kaki ayam secara memanjang menggunakan pisau yang tajam.

3. Seterusnya, menggunakan pengepit, tarik buang kuku kaki ayam itu.

kuku kaki ayam

4. Selepas itu, anda perlu membuang juga tulang di bahagian jari kaki ayam.

5. Sejurus siap di bahagian jari ayam, beralih ke bahagian atasnya. Buang bahagian atas itu dengan menariknya menggunakan pengepit. Ianya sudah menjadi lembut dan senang dibuang jika anda merebus dalam tempoh masa yang sesuai.

kuku kaki ayam

6. Kemudian, tolak kulit kaki ayam itu menggunakan jari anda. Kikis tulang dan bahagian yang tak diperlukan daripada kaki ayam itu. Buat dengan perlahan supaya kaki ayam anda tidak rosak.

kuku kaki ayam

7. Kuku kaki ayam anda akhirnya sedia untuk dimasak!

Lepas ni dah tahu kan cara mudah buang kuku kaki ayam sebelum masak? Jangan pula dibiarnya begitu sahaja dalam hidangan, nanti makanan nampak tak bersih dan anda sendiri tak lalu untuk makannya. Kaki ayam ini sebenarnya ada banyak khasiat, jangan pula anda merosakkan zatnya dengan cara penyediaan yang tidak betul.

Sumber: Facebook Cik Puan Gojes

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×