Famili

Kelebihan Makan Kaki Ayam, Rupanya Untuk Awet Muda!

5.4K
SHARES

Siapa merupakan peminat kaki ayam dekat sini? Kalau kita tengok dalam drama Korea, memang mereka sangat menggemari kaki ayam pedas dan dimakan pada setiap waktu. Rupa-rupanya kaki ayam adalah rahsia orang Cina dan Korea kelihatan awet muda! Nak tahu apa kelebihannya, jom baca di bawah.

Kaki ayam dan kolagen

Salah satu faedah positif yang berkaitan dengan kaki ayam adalah kulit yang bersih dan awet muda. Kajian oleh Department of Animal Science of National Chung-Hsing University di Taiwan menunjukkan bahawa kaki ayam mengandungi banyak kolagen. Penyelidikan di universiti ini juga mengesahkan kaki ayam sebagai sumber alternatif yang baik untuk kolagen. Apa lagi kalau kolagen dapat membantu kita kelihatan awet muda kan?


Kaki ayam bukan sahaja kaya dengan kolagen tetapi juga sumber asid hyaluronik dan chondroitin sulfate. Asid hyaluronik boleh menghalang kesan penuaan. Chondroitin sulfate adalah baik untuk osteoartritis dan orang yang mengalami masalah sendi. Rupa-rupanya, faedah bukan hanya untuk kulit tetapi juga untuk jantung.

1. Kulit lebih sihat dan muda

2. Ia kaya dengan kalsium dan protein, tanpa karbohidrat.

3. Ia meningkatkan bekalan darah dengan menguatkan saluran darah.

4. Melambatkan kesan arthritis.

5. Mengurangkan rasa sakit dan bengkak (keradangan).

*Jadi, kena makan kaki ayam banyak-banyak la kan?

Sumber : delishably.com

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×