Famili

Alahai Kenapa Selalu Bad Mood? Ini 7 Petanda Si Ibu Perlukan Rehat Serta Merta!

35
SHARES

“Letihnya badan, rasa nak menangis, mengamuk semua ada!”

Bila sudah terlampau banyak kerja yang perlu dilakukan sebagai seorang ibu tidak kiralah ibu yang bekerja atau surirumah, pastinya akan ada situasi dimana anda akan menjadi ‘bad mood’. Tanpa anda sedar, anda akan mula tidak bersemangat dan selalu merungut bila melaksanakan tugas sebagai seorang ibu. Ops! Ini maknanya anda perlukan rehat yang secukupnya.

1. Sering rasa diri gagal menjadi ibu yang terbaik

Pernah tak anda rasa anda gagal mendidik anak-anak? Jika ya, ini bermaksud anda perlukan rehat yang secukupnya. Sering rasa gagal menjadi ibu yang terbaik untuk anak-anak merupakan perasaan yang merbahaya kerana anda mungkin akan mencederakan diri sendiri. Ambil sedikit masa untuk ‘reflect’ kembali diri anda dan terima dengan baik pujian yang diberikan oleh anak-anak kepada diri kita.

2. Sering menjadi pelupa

“Aduh, dekat mana aku letak barang tadi eh?”. Setiap kali buat kerja mesti akan terlupa dan tertinggal barang.Inilah tandanya bahawa anda memerlukan rehat dari melakukan kerja di rumah. Apa kata anda cuba rehatkan diri sejenak dan sambung kembali melakukan rutin harian. Rehat sebentar dan fikir kembali apakah kerja yang anda sering terlupa untuk lakukan supaya tidak terus menjadi orang yang pelupa.

3. Tidak bersemangat melakukan apa-apa

Lemaunya badan bila nak masak untuk anak-anak, rasa tak bersemangat langsung! Kadang-kadang rasa macam nak baring dan tengok dinding sahaja seharian kan? Ini merupakan tanda bahawa badan anda sudah letih dan perlukan time out. Apa kata anda cuba bincang dengan suami untuk ambil alih tugas supaya anda boleh dapatkan rehat yang secukupnya.

4. Bandingkan diri dengan orang lain

Bila dah letih, mulalah diri kita akan membandingkan diri dengan orang lain. Pada waktu ini, anda mungkin akan nampak hidup orang lain leboh menyeronokkan dari kehidupan anda. Jangan mudah terpengaruh!

5. Selalu bad mood dan marah-marah

Siapa sahaja yang tidak akan menjadi bad mood atau bertukar menjadi Hulk bila tak mempunyai rehat yang secukupnya bukan? Walaupun anak-anak dan suami tidak melakukan kesalahan, ada sahaja perkara yang menyebabkan anda naik angin. Jangan marah-marah, nanti cepat pulak berkedut kulit wajah itu.

6. Mudah letih tapi sukar tidur

Tengok jam dah pukul 3 pagi, tapi masih belum melelapkan mata. Badan terlampau letih adalah salah satu sebab kenapa anda sukar untuk melelapkan mata. Salah satu cara untuk anda mendapatkan tidur malam yang lena adalah dengan melakukan kerja secara berjadual pada siang hari dan mendapatkan makanan yang secukupnya.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×