Famili

Bibik Oh Bibik! Tak Potong Kuku Ayam Dulu Ke Sebelum Masak?

115
SHARES

Sudah pasti ramai dalam kalangan kita mempunyai teknik memasak dengan cara sendiri. Begitu juga bagi anda yang mempunyai pembantu rumah atau ‘bibik’ di mana mereka mesti masak menggunakan cara mereka sendiri. Terbukti bibik yang selalu berkerja di rumah ini memang pandai masak tetapi ada juga yang cara memasaknya agak aneh. Ada yang siap masak kaki ayam tanpa membuang kuku ayam terlebih dahulu!

Baca juga: Teknik Rahsia Goreng Ayam Supaya Rangup Di Luar & Juicy Di Dalam, Padu!

MASAK TAK POTONG KUKU AYAM, BIBIK OH BIBIK!

Menerusi perkongsian seorang wanita dikenali sebagai Nina menerusi platfom TikTok, berkongsi ‘nasib’ lucu yang menimpa mereka sekeluarga apabila pembantu rumahnya masak kaki ayam tanpa membuang kuku ayam terlebih dahulu. Macam mana nak makan kalau tak buang kuku kaki ayam tu?

Bibik masak kicap, kuku tak potong. Ha elok! Mu makan sorang-sorang lah bibik. Aduii cik bik ni!

Mengulas lebih lanjut, pemilik video ini menceritakan pembantu rumahnya seorang yang pembersih dan mungkin itu merupakan kali pertama pembantunya masak kaki ayam. Kalau diikutkan cara kita masak, sudah pasti kita akan membuang kuku kaki ayam tersebut terlebih dahulu.

“ORANG JAWA MASAK MACAM NI…”

Menjengah ke ruangan komen, seorang netizen mendakwa rakannya yang berasal dari Indonesia, sama sekali tidak akan membuang kuku dan kepala ayam jika masak menu tersebut.

Sumber: @ninaemelyn7

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×