Dapur

Teknik Rahsia Goreng Ayam Supaya Rangup Di Luar & ‘Juicy’ Di Dalam, Padu!

1.2K
SHARES

Setiap kali anda berkunjung ke restoran makanan Arab ataupun kedai makanan lauk campur, menu ayam goreng pasti akan memikat pandangan mata. Mana tidaknya, ayam yang digoreng mempunyai tekstur dimana rangup di luar serta ‘juicy’ di dalam. Memang tak cukup satu kalau dimakan.

Oleh itu, pasti ramai dalam kalangan kita yang tertanya-tanya apakah tips yang boleh digunakan untuk menghasilkan ayam goreng sebegini. Jadi, jom kita cuba teknik goreng ayam seperti di bawah.

CARA MASAK AYAM GORENG RANGUP DAN JUICY

1. Panaskan air. Bila betul-betul mendidih baru masukkan ayam. Nak cepatkan masa, tutup permukaan bekas rebusan. Kakak guna kuali jer. Senang takyah berkubang tunjuk periuk hitam. Biasanya kakak taruk serai halia dalam air rebusan ni. Tapi musim pendemik ni. Stok tiada.

2.Ayam dah masak, angkat dan toskan. Lumur dengan rempah. Mulakan 1 sudu dulu.. jika tak cukup..tambah lagi 1 sudu. Rempah apa.. jap kakak tunjuk kat bawah.

3. Lumur macam ni ya..sekata semua. Tak perlu tambah Garam dan perasa. Rempah ni dah complete semuanya. Tip top macam tuan dia.

4. Nak efek yang power. Goreng guna periuk supaya ayam tenggelam dalam asmara cinta. Minyak banyak ya.

Mana- mana yang sedang pantang minyak tu, boleh goreng tanpa minyak guna air fryer. Nak bakar guna arang juga tak apa. Bulih belaka.

5. Akak masukkan seekor ayam potong 4. Cepat sikit. Kak ni kan surirumah bekerjaya.

6. Kak guna rempah ni. Sm food. warna dia lawa derrr.

7. Kak gu dengan nasi ayam. Jangan tanya mana sambal lada..kan kediaman kakak dalam kawasan PKPB. Lada dan kicap tak sempat beli.

Akak akhiri perkongsian kali ni dengan tip elak sembelit: Memakan buah-buah yang belum matang masaknya juga menyebabkan sembelit.

Most Popular

To Top
×