Hebahan

Perlu Patuh Aspek Keselamatan, Ini Garis Panduan KKM Untuk Peniaga Makanan Secara Online

58
SHARES

Ramadhan pada tahun ini berlainan dari kebiasaan. Ini kerana Ramadhan kali ini disambut dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dimana setiap orang tidak dibenarkan keluar rumah. PKP yang sudah masuk fasa ke 4 ini telah merubah banyak perkara. Dengan arahan ini berlangsung, semua perniagaan yang tidak penting telah diarahkan untuk menutup operasinya dan ini termasuklah bazaar Ramadhan yang paling ditunggu oleh semua ketika tibanya puasa.

Walaubagaimanpun, pelbagai inisiatif telah diambil oleh peniaga peniaga makanan. Boleh dikatakan kebanyakan mereka telah berniaga menggunakan perkidmatan atas talian (online) untuk berniaga. Tetapi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan arahan keselamatan terhadap peniaga peniaga ini walaupun mereka berniaga secara online.

Perlu Patuh Panduan Keselamatan

KKM melalui laman Facebook mereka telah mengeluarkan garis panduan yang harus diikut oleh peniaga peniaga ini. KKM menyarankan kepada pihak yang terlibat dalam perniagaan makanan secara atas talian (online) termasuklah pengusaha, pengendali makanan dan penghantar makanan supaya sentiasa mengamalkan kebersihan diri dan mematuhi garis panduan yang telah dikeluarkan oleh pihak KKM.

Ini adalah pautan yang disediakan bagi mereka yang berkenaan mudah untuk membaca setiap garis panduan yang telah dikeluarkan.

Ini untuk memastikan makanan yang disediakan kepada pengguna adalah selamat. Selain itu, mereka juga dinasihatkan untuk sentiasa mengamalkan jarak sosial yang selamat (social distancing) semasa penghantaran makanan. Panduan panduan yang disediakan KKM ini juga boleh diamalkan oleh semua orang. Ianya juga penting buat semua untuk menjaga kesihatan seharian kita sepanjang tempoh ini.

Antara Garis Panduan KKM

Ini antara garis panduan yang disediakan. Untuk panduan lebih lanjut anda boleh melayari laman web moh.gov.my

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×