Dapur

Tips Pilih Ketam Banyak Isi, Jangan Salah Pilih Nanti Rugi!

176
SHARES
tips pilih ketam

Tidak dinafikan, ketam antara makanan paling disukai ramai kerana rasanya yang sedap dan sesuai dimasak pelbagai jenis menu. Memang puas hati kalau beli di luar dapat ketam isi banyak walaupun harga ketam semakin meningkat. Untuk mengelakkan anda kecewa dapat ketam isi sedikit, kami kongsikan beberapa tips pilih ketam supaya berjaya beli yang banyak dan segar. Memang kena cuba rahsia di bawah ini, barulah tak rugi duit beli mahal-mahal.

Baca juga: Rahsia Goreng Paru Rangup & Tak Liat Walaupun Dah Sejuk…

TIPS PILIH KETAM BANYAK ISI, BARU TAK RUGI DUIT

TIPS PILIH KETAM

Nak masak lemak cili padi atau masak lemak nanas mestilah kena guna ketam gemuk berisi. Kalau ada telur lagi padu. Jangan cengkerang je sado, isi dalam lohong.

Ketam kaya dengan sumber protein tanpa lemak, vitamin B12 untuk sel darah merah dan sel saraf. Sumber fosforus untuk tulang kuat. Macam mana tips pilih ketam berisi?

1. Pilih ketam betina berat. Ketam betina ni bulat. Sepit pendek.

2. Elak beli yang ringan. Bila tekan macam berlohong.

3. Ketam betina punyai segi tiga besar pada bawah perut.

4. Ketam jantan ada segi tiga kecil dan runcing.

TIPS PILIH KETAM

Ini juga petua untuk tahu sama ada ketam ni fresh atau tak. Tengok warna cengkerang. Kalau ketam bunga, pastikan warna kebiruan. Segi tiga bawah perut ketam mesti melekap. Bukan terkopek.

Ketam pula kena cukup sifat. Tak angkat lagi sepit dah tercabut. Itu tandanya ketam lama. Bau pun kenalah bau air laut. Bukan hanyir semacam.

Moga bermanfaat dan jangan salah pilih ketam selepas ini. Barulah puas makan ketam banyak isi.

Sumber: Facebook Dr Rizal Abu Bakar

Kredit foto: Season With Spice 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×