Dapur

Resepi Cucur Ketam Crispy Viral, Confirm Licin Anak Makan!

22
SHARES

Hidangan menu petang sering dihidangkan biasanya cucur udang atau cucur ikan bilis dan pasti licin dimakan oleh anak-anak kerana kerangupan dan dicicah pula dengan sos.

Kalau anda bosan dengan hidangan tersebut, apa kata anda cuba satu kelainan dan resepi baharu iaitu cucur ketam crispy seperti perkongsian Puan Cik Dayang Zuhaila di laman Facebooknya. Jom cuba!

Baca juga: Cara Buat Ikan Rebus Homemade, Boleh Frozen Berbulan-Bulan!

RESEPI CUCUR KETAM CRISPY VIRAL, CONFIRIM LICIN ANAK MAKAN!

Tiba-tiba tengok gambar ni teringin pula nak makan cucur ketam crispy. Bayangkan makan panas-panas waktu petang cicah pula dengan sos. Fuhhh. Kalau budak-budak jenis tak suka makan sayur. Tak letak sayur pun tak apa. Tapi tak umphh la. 

Bahan-bahan diperlukan:

– 500g tepung gandum

– 250g/1paket fillet ketam (dipotong lebih kurang 1inci)

– 1 biji bawang besar (dihiris nipis)

– 100g taugeh

– 100g karrot (disagat)

– 50g daun kucai

– 2 cawan air

– 1 1⁄2 tsp baking powder

– Garam & gula

– Secukup rasa dan minyak secukupnya

Cara penyediaan: 

1. Satukan kesemua bahan di atas dan kacau rata.

2. Kemudian masukkan air dan kacau sehingga adunan sebati. Adunan mesti lah tidak terlau cair dan tidak terlalu pekat. Kalau pekat boleh tambahkan air.

3. Perapkan adunan sekejap lebih kurang 20minit.

4. Panaskan minyak. Gorengkan cucur sehingga keperangan dan masak dengan menggunakan api yang sederhana.

5. Sedia untuk dihidang. Rangup diluar. Lembut didalam.

*Anggaran untuk 5-6orang makan. Masa penyediaan lebih kurang 25minit.

Selamat mencuba!

Sumber: Facebook Cik Dayang Zuhaila

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×