Dapur

Banyak Roti Tak Laku Kat Rumah, Jom Cuba Resepi Roti Sardin Celup Tepung. Confirm Licin!

614
SHARES

“Eh, dah nak expired roti ni tapi macam tak bersentuh lagi. Mesti budak-budak ni dah jemu nak makan roti sapu jem atau kaya pagi-pagi… Apa resepi simple nak buat guna roti ni ye?”

Sesekali tu memang rasa bosan nak makan roti. Balik-balik buat sandwich, cicah Milo.

Daripada biarkan roti tu expired, apa kata kita cuba resepi roti sardin goreng tepung yang dikongsikan oleh Puan Masni Bahari ni. Sedap oo kalau makan panas-panas.

Boleh buat sarapan atau makan petang. Mesti kejap je roti tu laku, habis licin. Silap-silap tak cukup pulak!

Resepi Roti Sardin Goreng Tepung Yang Mudah & Sedap

Ramai yang suka makan sardin kan? Tapi kalau asyik buat sandwich biasa tu kadang-kadang boring juga.

Jadi bolehlah diolah jadi roti sardin goreng tepung macam ni. Makan panas-panas memang sedap. Nak buat pun mudah.

Ini bahan-bahannya.

Bahan-bahan

  • Roti
  • Sardin (masak macam biasa, tumis bawang dan bubuh cili kalau suka)

Bahan untuk bancuhan tepung

  • Tepung beras – 1 cawan
  • Tepung gandum / jagung – 1 cawan
  • Soda / Baking powder – 1 camca kecil
  • Garam

*Bancuh dengan air

Cara-cara

1. Sediakan Inti

Mula-mula sediakan inti sardin ikut suka nak masak macam mana. Biasanya kita tumis dengan bawang atau cili kisar. Kemudian masukkan sardin dalam tin.

Kemudian hancurkan isi ikan tu bagi jadi macam ni.

2. Sediakan Bancuhan Tepung

Sementara tunggu inti sardin tu sejuk sikit, bolehlah kita buat bancuhan tepung.

Seeloknya buat bancuhan tepung ni awal sikit sebab lagi biar lama, lagi elok kejadiannya.

Caranya campurkan semua bahan tepung tu, kemudian gaulkan dengan air suam. Jangan pekat sangat, jangan cair sangat. Agak-agaklah, bubuh sikit-sikit dulu.

Dah siap, ketepikan.

Kalau dekat rumah dah ada tepung segera untuk menggoreng macam tepung Bestari tu pun boleh juga guna terus. Tak payah bancuh-bancuh lagi.

3. Kelim Roti

Seterusnya kita nak bubuh inti dalam roti dan kelimkan bagi dia tak terbuka.

Kalau nak senang, boleh guna kelim karipap macam ni. Jangn risau, kalau goreng dia tak akan keluar sebab kita akan celup dengan tepung kejap lagi.

Kalau tak ada kelim karipap ni, jangan sedih pulak. Korang boleh juga guna garfu tu tekan-tekan dekat tepi macam dalam gambar kat bawah ni.

4. Celup & Goreng

Ok, sekarang panaskan kuali dan bubuh minyak untuk menggoreng.

Celupkan roti yang dikelim tadi macam ni dan terus goreng bila api dah cukup panas.

Agak-agak dan keemasan terus angkat. Tak payah lama sangat sebab intinya kita dah masak tadi.

Siap!

Haa… Dah siap, macam nilah kejadiannya. Tergoda tengok kan?

Memang syok kalau makan panas-panas.

Bagi yang tak ada idea nak makan apa petang-petang tu bolehlah buat roti sardin celup tepung ni.

Mudah je tapi sedap. Lagipun taklah membazir roti dekat rumah tu kan?

Selamat mencuba.

 

**Resepi roti sardin celup tepung ini dikongsikan oleh Puan Masni Bahari menerusi Facebook. Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran. Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai resepi, sila rujuk post asal beliau di SINI.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×