Dapur

Cara Buat Ikan Rebus Homemade, Boleh Frozen Berbulan-Bulan!

2
SHARES

Ikan rebus menjadi pilihan hati ramai dan sesuai dimasak mengikut menu yang diinginkan. Ikan rebus juga sedap digoreng begitu sahaja dan dipadankan bersama nasi panas serta sambal belacan.

Harga ikan rebus dijual di pasar sedikit mahal walaupun proses pembuatannya tidak begitu rumit. Jadi, apa kata anda buat sendiri ikan rebus di rumah. Paling penting boleh frozen lama sehingga berbulan-bulan tau! Jom cuba.

Baca juga: Resepi Donut Susu Viral, Buat Sendiri Lagi Puas & Gebu!

CARA BUAT IKAN REBUS HOMEMADE, BOLEH FROZEN BERBULAN-BULAN

ikan rebus

Kalau boleh elakkan dan jangan beli yang ada jual dalam raga rotan dekat pasar-pasar tu, sebab tempat dia kotor dan menjijikkan. Dengan perut dan najis ikan yang tak dibuang, cara basuh, main siram je dengan air.

Lagi elok buat sendiri. Buat banyak-banyak, lepas tu simpan dalam frezzer. Tahan berminggu-minggu, bila nak makan/goreng ambil je.

Cara penyediaan:

– Cuci bersih ikan kembong.

– Gaul bersama 3 sudu garam dan perap selama 45 minit.

– Kukus selama 1 jam atau mengikut jumlah ikan.

– Walaupun nama ikan rebus tetapi cara penyediaan harulsh dikukus.

– Siap!

Cara simpan ikan rebus: 

– Dalam bekas, akak alas dengan plastik.

– Susun ikan rebus dan alas lagi dengan plastik.

– Susun lagi ikan rebus. Buat sampai habis, layer by layer..

– Simpan ikan rebus ni dalam freezer, kalau nak goreng, angkat je lapisan plastik tu.

– Lembutkan ikan pada suhu bilik, lepas tu baru goreng.

* Nak goreng, keluarkan awal-awal mana yang perlu sahaja, biarkan pada suhu bilik, jangan. direndam, bila dah lembut, terus goreng. Jangan gaul bersama serbuk kunyit. Tak perlu!

Tak perlu basuh ikan tersebut sebab sebelum kita kukus ikan ni, kita dah bersihkan siap-siap. Lagipun kalau kita basuh sebelum goreng, takut ikan ni akan meletup-letup.

Selamat mencuba!

Sumber: Facebook Nor Azua Amlan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×