Donut merupakan makanan kesukaan anak-anak kerana disaluti gula dan sesuai juga dimakan bersama coklat cair. Selain donut gula, anda juga boleh memcuba donut susu seperti yang viral di media sosial sekarang. Rasanya memang sedap dan lemak manis sesuai dijadikan hidangan minum petang bersama anak-anak. Ikuti perkongsian resepi donut susu oleh Puan Noor Shafiqah Ghazali di laman Facebooknya.
Baca juga: Resepi Kek Milo Marshmallow, Kenyal & Manis Berlemak!
RESEPI DONUT SUSU VIRAL LEMBUT BERLEMAK, MEMANG TERANGKAT
Baru buat kelmarin dulu, hari ni terasa nak makan pula donut susu ni. Bukan setakat anak-anak je yang suka makan, mak ayah pun berketul-ketul makan.
Cara penyediaan:
– Mauripan 1 pack (Bancuh dulu dengan air suam sampai berbuih)
– Tepung gandum dekat 1kg
– Telur 1 biji
– Marjerin dalam 2 sudu makan
– Susu pekat agak-agak sahaja
– Susu tepung dalam 2 sudu lebih macam tu
– Garam sikit
– Yis dah kembang campur semua dan uli-uli dalam sejam.
– Bentukkan bulat seperti donut dan goreng sehingga masak.
Cara penyediaan salutan:
– Susu tepung (Saya guna fenleaf)
– Gula
*Kisar kedua-dua dan salut donut yang sudah digoreng.
Sedap sangat! Wajib cuba di rumah, memang lain daripada lain.
Sumber: Noor Shafiqah Ghazali