Dapur

Resepi Kek Milo Marshmallow, Kenyal & Manis Berlemak!

49
SHARES

Sebut sahaja kek sudah tentu ramai yang menyukainya terutama kanak-kanak. Tak sah kalau tidak dijadikan menu sewaktu bersama keluarga dan dinikmati bersama.

Jadi, selain kek coklat biasa apa kata anda cuba satu resepi baharu iaitu kek milo marshmallow. Rasanya kenyal dan manis memang sedap dimakan sambil menonton televisyen. Ikuti perkongsian resepinya di bawah.

Baca juga: Resepi Sup Ekor Kaw Masam Pedas, Memang Puas Hirup Kuah!

RESEPI KEK MILO MARSHMALLOW, KENYAL & MANIS BERLEMAK!

Bahan-bahan:

  • Milo 2 cawan
  • Telur 4 biji
  • Susu pekat 2 sudu
  • Minyak masak 1 sudu

Cara penyediaan:

1. Kisar semua bahan di atas dan tuang adunan ke dalam loyang.

2. Masukkan marshmallow ikut pilihan hati dan Gaul sedikat adunan bersama marshmallow.

3. Bakar pada suhu 160 selama 25 minit.

Siap dan sedia untuk dihidangkan. Memang sedap dan puas hati. Kalau nak letak taburan biskut pun boleh. Lagi sedap!

Selamat mencuba, anak-anak mesti suka…

Sumber: Mellisa Mullen

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×