Dapur

Resepi Sup Ekor Kaw Masam Pedas, Memang Puas Hirup Kuah!

2
SHARES

Juadah sup ekor merupakan juadah kegemaran ramai dan sentiasa menjadi pilihan hati apabila di kedai siam kerana rasanya masam kepedasan dan sesuai dipadankan bersama nasi putih serta telur dadar.

Pelbagai cara boleh dicuba untuk memasak sup ekor di rumah tetapi cara yang dikongsikan oleh Aida Akashahfitri di laman Facebooknya memang kaw dan padu! Puas dapat hirup kuah panas-panas. Jom cuba…

Baca juga: Daging Korban Banyak Tak Tahu Masak Apa? Cuba Resepi Daging Harimau Menangis Ini!

RESEPI SUP EKOR KAW MASAM PEDAS, MEMANG PUAS HIRUP KUAH

Bahan-bahan diperlukan:

  • Bawang besar dipotong (sebiij)
  • Sup bunjut
  • Buah pelaga
  • Bunga lawang
  • Buah keras
  • Lada hitam
  • Bunga cengkih
  • Kulit kayu manis
  • Bawang putih
  • Pati kiub Knorr (lembu)
  • Perencah sup daging & tulang
  • Lime flavour juice
  • Daun sup & bawang
  • Tomato
  • Serai
  • Cili
  • Garam secukupnya
  • Lengkuas
  • Halia

* Bawang besar dan bawang putih tu untuk separuh tumis dan separuh untuk goreng garing. (Hiasan tabur atas sup)

Cara penyediaan:

1. Tumbuk atau ketuk batang daun sup dan daun bawang skli akar bersama dengan lada hitam dan buah keras.

2. Tumis bahan tumbuk halia, serai, lengkuas, buah pelaga, bunga lawang, kulit kayu manis, bunga cengkih, bawang putih dan bawang besar.

3. Masukkan perencah SUP DAGING & TULANG (ADABI) dan masukkan PATI KIUB KNORR (LEMBU)

4. Masukkan daging yg telah direbus dulu (ekor) dan air.

5. Masukkan sup bunjut.

7. Masukkan sedikit demi sedikit garam dan secukup rasa.

8. Masukkan lime flavour juice unutk bagi rasa masam. Kalau tak ada boleh guna air perahan limau nipis ataupn asam keping. Masak sehingga daging empuk.

Dah siap sup ekor! Jangan lupa ye separuh dari bawang putih dan bawang besar lebih tumis tadi goreng garing dan tabur atas sup. Sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba..

Sumber: Facebook Aida Akashahfitri

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×