Dapur

Daging Korban Banyak Tak Tahu Masak Apa? Cuba Resepi Daging Harimau Menangis Ini!

14
SHARES

Seperti mana kita tahu, umat Islam baru sahaja meraikan perayaan Hari Raya Aidiadha dan sudah tentunya ramai yang membuat korban dan memberi daging lembu atau kerbau kepada orang ramai.

Biasanya, daging korban akan dimasak kari atau sup tetapi apa kata kali ini anda buat kelainan dan cuba resepi daging harimau menangis. Pasti laku dan licin dimakan bersama sos pencicah pedas masam. Memang terangkat! Jom cuba. Ikuti resepinya di bawah.

Baca juga: Teknik Rahsia Ayam Goreng Garing Guna Air Fryer, Tak Payah Letak Setitik Minyak Pun!

DAGING KORBAN BANYAK, CUBA RESEPI DAGING HARIMAU MENANGIS INI

Alhamdulillah daging korban banyak. Try buat daging bakar harimau menangis. Bukan harimau menangis, saya yang menangis kesedapan. Kena pulak dengan sos pencicah tu. Memang marvellous.

Resepi daging bakar harimau menangis atau sua rong hai.

Bahan-bahan perapan daging (perap 1 jam):

– Daging ambil bahagian yang ada lemak baru sedap (cucuk-cucuk daging dgn garfu bagi bahan perapan mudah serap ke dalam daging)

– Gula

– Sos ikan (nampla)

– Sos tiram

– Minyak masak

– Lada hitam

*Campurkan ke semua bahan di atas mengikut kuantiti daging.

Sedia untuk dibakar di atas kuali atau non stick pan. Bakar sehingga masak.

Bahan-bahan untuk buat sos cicah daging:

– Sos ikan (nampla)

– Air asam jawa

– Jus limau nipis

– Thai palm sugar (namtan peep)

– Serbuk cili thai

– Bawang merah

– Beras sangai (goreng tanpa minyak & tumbuk halus)

– Daun saderi (hiasan)

*Campurkan ke semua bahan di atas mengikut kuantiti daging.

Sedia untuk dihidangkan. Makan dengan nasi putih panas-panas memang sedap dan puas hati!

Sumber: Facebook Amiratul Aziera‎

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×