Dapur

Rahsia Goreng Paru Rangup & Tak Liat Walaupun Dah Sejuk…

39
SHARES

“Liat pula paru ni. Kenapa ya…”

Paru merupakan hidangan kegemaran ramai terutamanya jika dipadankan dengan nasi lemak. Memang puas hati dan sedap sungguh tetapi perasan tak bila paru sudah sejuk ia bertukar sedikit liat dan tak rangup.

Sebenarnya, ada satu rahsia anda boleh cuba untuk paru kekal rangup dan tak liat walaupun dah sejuk. Nak tahu macam mana? Cuba petua yang dikongsi oleh Puan Azlin Safena Azihar.

Baca juga: Buat Serunding Halia Menu Berpantang Guna Airfryer, Kurang Berminyak

RAHSIA GORENG PARU RANGUP & TAK LIAT WALAUPUN DAH SEJUK

Rahsia paru goreng rempah yang lembut sesangat dan rangup.

Cara nak lembutkan paru: 

– Untuk buang bau hanyir, rendam dengan limau nipis sekejap.

– Kemudian, masukkan air dan paru dalam periuk.

– Masukkan garam, kunyit dan asam keping.

– Masak bahan-bahan tersebut selama 20 minit.

– Potong paru nipis-nipis untuk digoreng.

Cara goreng paru: 

1.  Jintan manis, jintan putih dan ketumbar ditumbuk. Setelah tu, digaul bersama paru.

2. Masukkan garam dan kunyit secukupnya.

3. Setelah minyak panas di kuali, masukkan paru.

4. Ini penting, masukkan asam keping di dalam kuali tu.

5. Paru sedia dimakan. Percayalah memang ranggup dan lembut je.

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat.

Sumber: Facebook Azlin Safena Azihar

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×