Dapur

Buat Serunding Halia Menu Berpantang Guna Airfryer, Kurang Berminyak

14
SHARES

Halia dan bawang putih merupakan makanan paling sesuai untuk ibu berpantang kerana ia boleh membantu untuk menghangatkan tubuh si ibu. Menu serunding halia merupakan hidangan wajib ada di rumah dan sebagai persediaan awal, boleh sahaja buat sendiri di rumah menggunakan air fryer. Lagi senang dan kurang berminyak. Jom cuba…

Baca juga: Cara Buat Telur Separuh Masak Guna Airfryer, Kejap Je Dah Siap!

BUAT SERUNDING HALIA MENU BERPANTANG GUNA AIRFYER, KURANG BERMINYAK

Penyediaan untuk berpantang tak lama lagi. Serunding halia, ikan bilis , bawang putih rangup dan peria rangup.

Cara penyediaan serunding halia:

1. Halia tumbuk-tumbuk dan perah airnya.

2. Ikan bilis dicampur dengan lada hitam tumbuk.

3. Garam secukup rasa dan minyak sedikit.

4. Gaul semua sekali dan masukkan dalam air fryer.  180°C time mengikut kuantiti. Setiap 5-10 min kena kacau-kacau.

Cara penyediaan bawang putih rangup:

1. Potong bawang putih nipis-nipis.

2. Rendam dalam air campur garam sedikit.

3. Tapis dan keringkan kejap atas tisu dapur.

4. Gaul dengan garam dan minyak sedikit.

5. AF 150°C time ikut kuantiti. Mula-mula kacau setiap 10 minit dah makin nak garing, kacau setiap 5 minit sampai garing ikut citarasa masing-masing. Untuk bwang putih jangan tinggi sangat suhu sebab dia senang hangit & jadi pahit.

Cara penyediaan peria rangup:

1. Peria katak buang biji & potong nipis.

2. Rendam air garam sekejap, cuci bersih & tapiskan

3. Salutkan tepung goreng (saya guna tepung bestari) Drizzle minyak sikit.

4. AF 180°C masa ikut kuantiti. Setiap 10 min kena kacau-kacau.

Sedia untuk dihidangkan. Sedap tau!

serunding halia

Sumber: Facebook Nur Ezzati Arshad

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×