Dapur

Cara Buat Telur Separuh Masak Guna Airfryer, Kejap Je Dah Siap!

362
SHARES

“Sedapnya telur separuh masak. Guna airfryer lagi senang…”

Telur separuh masak merupakan hidangan paling mudah dan mengenyangkan. Makan sebiji untuk sarapan, memang kenyang sampai ke petang. Betul tak?

Cara biasa untuk buat telur separuh masak adalah didihkan air, masukkan telur dan biarkan beberapa minit. Sedikit kelainan kali ini, apa kata anda cuba buat telur separuh masak menggunakan airfryer. Lebih jimat masa dan confirm menjadi seperti yang dikongsi oleh Puan Arina Rashid di laman Facebook.  Sedapnya!

Baca juga: Teknik Rahsia Ayam Goreng Garing Guna Air Fryer, Tak Payah Letak Setitik Minyak Pun!

CARA BUAT TELUR SEPARUH MASAK GUNA AIR FRYER, KEJAP JE DAH SIAP!

Telur Separuh Masak

Ada peminat telur separuh masak dekat sini? Ini kalau sekali buat, kena buat lebih daripada 2 biji sebab anak-anak pun suka. Tapi yang kuning tu dia bagi kat mama, sabar jelah.  

Rina nak share cara paling senang. Tak perlu guna air atau bekas macam dekat kedai makan tu. Tapi kena ada air fryer. Kalau tengok kat gambar ada 2 jenis kan. Dia beza sikit pada kuning telur tu. Cuba perati apa beza dia. Cara rina buat telur separuh masak ni senang sangat.

Telur Separuh Masak

Cara-caranya:

1. Basuh dulu telur bersih-bersih. Takyah lap, masuk je terus dalam bekas air fryer.

2. Telur straight ambil dari counter (room temperature) bukan dari peti ais.

3. Set kan suhu AF 100°C, masa 10 minit.

4. Selesai 10 minit, kalau korang suka kuning telur dia cair macam gambar telur A, korang kena keluarkan terus lepas AF stop.

5. Kalau suka jenis kuning telur firm sikit macam telur B, lepas 10 minit tadi, korang biarkan je dia dulu dalam AF tu.

*Biarkan jela dalam 5-10 minit ke. Ikutlah, asalkan jangan keluarkan terus lepas AF berbunyi.

Setting ni banyak kali dah rina guna. Memang menjadi setiap kali buat. Tak kisah kuantiti telur. Setakat rina buat, outcome dia sama. Alhamdulillah.

Sumber: Facebook Arina Rashid

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×