Dapur

Resepi Serunding Halia ‘Superb’, Sehari Boleh Buat Sampai 230KG!

13
SHARES

Halia sering digunakan untuk membuang angin dalam badan dan juga makanan semasa berpantang. Antara idea menu boleh dicuba ialah teh halia dan juga halia goreng.

Walau bagaimanapun, bagi anda yang tidak mengemari menu halia seperti dinyatakan di atas, apa kata cuba resepi serunding halia yang dikongsi oleh pengguna Facebook bernama Azita Amir.

Baca juga: Suami Penuhi Hajat Isteri Nak Makan Bengkang Tepung Beras Gula Merah, Siap Share Resepi!

RESEPI SERUNDING HALIA SUPERB, SEHARI BOLEH BUAT SAMPAI 230KG

Dulu selalu ditertawakan. Boleh buat duit ke dengan halia, orang makan ke halia ni, selalu je orang cakap macam tu, Alhamdulillah. Pagi ni sangai dulu 230kg halia dulu untuk serunding halia superb sedap ni.

Cara-cara penyediaan:

– Halia buang kulit dan tumbuk atau sagat. Siap semua perah airnya.

– Bawang putih kupas kulit dan sagat halus ya.

– Goreng asing-asing.

– Dah siap sejat mnyak dulu sampai 2 hari ke. Lagi lama lagi bagus.

– Selepas itu, rasa dah kering minyak, masuk dalam kuali tanpa minyak ya. Halia dan bawang goreng tadi, masukkan gula halus garam halus cukup rasa sedikit. Sangai guna api paling kecil ya.

– Agak-agak dah sebati semua rasa. Boleh tutup api, tunggu sejuk dan simpan dalam bekas kedap udara. Siap sebati kalau nak letak lada hitam pun boleh. Yang nak tambah bilis pun boleh. Ikut citarasa.

Sumber: Facebook Azita Amir

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×