Dapur

Suami Penuhi Hajat Isteri Nak Makan Bengkang Tepung Beras Gula Merah, Siap Share Resepi!

54
SHARES

Antara juadah yang menjadi pilihan orang ramai ketika ke bazar Ramadan pastilah kuih bengkang atau juga dipanggil kuih bingka. Rasa lemak manis memang puas dan sedap dijamah ketika berbuka puasa bersama keluarga.

Selain bengkang ubi, anda juga boleh cuba satu resepi baharu iaitu bengkang tepung beras gula merah. Haa dengar nama pun dah nampak sedap kan? Makan panas-panas memang puas hati. Tambah pula dimasak oleh suami tersayang seperti perkongsian pengguna Facebook milik Shah Shatry.

Baca juga: Resepi Unik Sagu Berinti Ayam, Kuih Tradisional Thailand

SUAMI PENUH HAJAT ISTERI NAK MAKAN BENGKANG TEPUNG BERAS GULA MERAH

Jelasnya, sebagai seorang suami yang menyayangi isteri, beliau sanggup memenuhi permintaan isteri untuk makan kuih bengkang tersebut. Ini kerana kedua-dua mereka akan masuk bekerja dan tiada masa banyak masa bersama untuk diluang bersama. Sweetnya!

Memenuhi permintaan isteri yang teringin sangat nak makan bengkang tepung beras gula merah. Sebagai suami, kita turutkan sahaja.

Dia kata, last dah nak merap laki pun. Bila dah start kerja balik ni, payah dah la nak merap. Keluar kerja pagi, maghrib baru sampai rumah. Ala, sebagai suami, sedih plak bila dengar rentetan isteri kata macam tu. Ok, kita on kan aja. Tung, tang, tung, tang. Siappp!

Bahan-bahannya: 

  • 2 cawan tepung beras
  • 7 sudu besar tepung jagung
  • 7 cawan santan
  • ¾ cawan gula putih ( tak suka manis, kurangkan lagi)
  • 1 cawan gula merah timbang
  • Garam ( agak-agak sahaja untuk naikkan lemak kuih)

Cara-caranya:

1. Loyang di sapu minyak kemudian panaskan sekejap di dlm oven. Panaskan oven terlebih dahulu 5-10 minit camtu suhu 180°C.

2. Satukan ke semua bahan di dalam bekas, kemudian kacau sehingga sebati. Saya kacau pakai whisk sahaja.

3. Bila semua dah sebati & gula pun dah larut, masukkan ke dalam kuali atau periuk, masak di atas api sehingga kental. Guna api sederhana sahaja.

4. Bila dah kental, alihkan ke dalam loyang, bakar di dalam oven selama 1 jam atau lebih ikut oven masing-masing pada suhu 180°C api atas bawah (5 minit terakhir, saya tukar api atas untuk mendapatkan efek hangit-hangit tu.)

5. Bila dah masak, sejukkan terlebih dahulu baru potong.

Sumber: Facebook Shah Shatry

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×