DIY & Kraf

Cara Nak Bersihkan Kipas Meja Dengan Pantas, 5 Minit Siap!

20
SHARES
cara bersihkan kipas

Membersihkan kipas boleh dikategorikan sebagai kerja yang renyah terutama sekali kalau nak membersihkan kipas meja. Maklumlah bukan sahaja kipasnya yang perlu dicuci malah jaring-jaring penutup kipas juga perlu dicuci satu persatu. Makan masa!

Oleh itu, ada cara yang mudah dan pantas anda boleh gunakan untuk membersihkan kipas meja ini dengan pantas guna bahan rahsia. Bila dah cuba, rasa macam hari-hari nak bersihkan kipas!

Baca juga: Cara Bersihkan Tangki Seterika Wap Dengan Betul, Barulah Tak Berlumut!

CARA NAK BERSIHKAN KIPAS MEJA DENGAN PANTAS, 5 MINIT SIAP!

Nak bersihkan kipas ni salah satu perkara yang malas nak buat tapi time panas nak angin kuat. Macam mana tu ye? Nak bersihkan kipas ni senang je sebenarnya. Jom follow cara ni!

1.Bahan rahsia pertama ialah cuka makan. Bukan guna satu botol ni tau. Hanya setengah gelas sahaja.

2.Kemudian, masukkan bahan rahsia kedua iaitu baking soda. Masukkan 3 sudu baking soda ke dalam gelas. 3 sudu je tau, jangan lebih-lebih pula ye.

3.Bahan yang terakhir sekali ialah pencuci pinggan. Masukkan 2 sudu pencuci pinggan ke dalam gelas berisi soda bikarbonat dan cuka tadi. Kemudian kacau-kacau dengan sudu.

4.Selepas dah siap korang tuang ke dalam botol spray. Botol spray kecil ni dekat eco pun ada. Jangan rembat yang kakak atau mak korang punya dah la. Nanti tak pasal-pasal tak boleh makan.

5.Spray campuran 3 bahan tadi pada permukaan kipas.

6.Kemudian balut kepala kipas dengan plastik. Make sure plastik tu lagi besar dari kepala kipas. On kan suis kipas dan tekan pada kelajuan maksimum dalam masa 5 minit.

7.Tada! Bersihkan. Tak perlu susah-susah nak tanggalkan kepala dan bilah kipas. Lepas ni tiap-tiap minggu cuci kipas.

8.Habuk yang keluar dari kipas selepas siap dibersihkan.

Video penuh:

@eidiliz

Cara Mudah Nak bersihkan Kipas#nakdengar #jombelajar #Jomfollow

♬ original sound – Eidil Iz – Eidil Iz

Sumber: Tiktok @eidiliz

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×