DIY & Kraf

Cara Bersihkan Kipas Siling Sepantas Kilat, Tak Lenguh!

9
SHARES

“Penatnya cuci kipas ni, terkehel leher..”

Mesti ramai dalam kalangan kita yang mengalami situasi yang sama seperti di atas apabila sedang membersihkan kipas siling bukan? Memang akan lenguh segala lengan dan leher kerana perlu mendongak dalam tempoh yang lama. Tapi, masih tak bersih juga kipas tersebut!

Oleh itu, mari ikuti perkongsian menarik dari seorang Youtuber melalui saluran Youtube beliau iaitu CrazyIndianHacker langkah bersihkan kipas siling dalam masa 57 saat tanpa penyapu atau tangga. Kena buat ni!

Baca juga: Cara Repair Leher Baju T-Shirt Kembang Jadi Baru Dari Pakar Dobi Jepun

Cara Bersihkan Kipas Siling Dengan Cepat

Bahan-bahan Yang Dilakukan :

1.Penyapu bulu ayam

2.Penyampung paip pvc

3.Paip pvc

4.Kayu

Langkah-Langkah

1. Sediakan dua batang penyapu bulu ayam macam gambar di bawah ini.

2. Potongkan pada bahagian pemegang penyapu bulu ayam seperti yang dilakukan ini.

 

3. Pasang atau cantumkan penyambung paip pvc bersama paip pvc yang lain.

4. Masukkan dua batang penyambung bulu ayam tersebut pada penyambung paip pvc itu. Ia akan menjadi roda bulu ayam seperti gambar di bawah ini.

5. Sambungkan kayu yang panjang dan lekatkan dengan salotape untuk dijadikan pemegang.

6. Ini adalah hasil akhir yang telah siap.

7. Dan sekarang anda boleh mula mencuci kipas syiling rumah dengan mudah tanpa penyapu atau tangga. Paling best seminit sahaja bersih kipas.

Sumber: CrazyIndianHacker

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×