Dapur

Resepi Air Lemon Pudina & Pudina Laici Asam Boi Macam Di Bazar, ‘Fresh’ Untuk Berbuka!

10.2K
SHARES

Bulan puasa sudah tiba! Inilah masanya untuk anda menunjukkan skill memasak dalam menyediakan juadah menyelerakan untuk seisi keluarga. Bukan itu sahaja, makanan dan minuman yang dijual di bazar Ramadan juga tidak kurang hebatnya. Salah satunya adalah air ais lemon pudina yang ‘laku keras’ dijual di bazar kerana mempunyai rasa yang fresh dan sejuk di tekak apabila diminum setelah seharian berpuasa.

Pastinya anda mahu juga cuba bancuh sendiri air ini di rumah untuk berbuka puasa kan? Jadi, jom kita cuba langkah yang telah dikongsikan oleh wanita ini. Semoga menjadi!

RESEPI AIR AIS LEMON PUDINA DAN LEMON PUDINA LAICI ASAM BOI

Asslamualaikum Selamat Tengahari.Saya nak share resepi Air Balang “Ais Lemon Pudina &Ais Lemon Pudina Laici Asam Boi” sebelum ni saya dah pernah share tahun lepas at mahn dan sekali lagi saya share ye. Saya halalkan resepi saya ni yg tak seberapa.. Sesuai untuk jual di bazar. Insyallah laku keras habis setiap hari. Yang pasti sedapp fresh, boleh ketagih bila minum tak mau dah air lain.

-Daun pudina RM2.00
-Lemon 4biji
-Sunquick 100g
-Serbuk Asam Knor 100g
-Air Gula 1 liter

Cara-caranya

1)Kisar 3 biji lemon dengan 2 liter air, amik air sahaja hampas buang masuk dalm bekas air. Masukkan 1 liter air gula.

2)Sunquick dan serbuk asam knor masukkan sekali 1 liter air panas .Kacau-kacau dan masukan dalam bekas air lemon tadi.

3)Masukkan air batu ,pati air lemon, masuk air masak agak-agak j, 1 biji hiris lemon, daun pudina..Kacau-kacau siap untuk minum.

Nota!

-Kalau nak buat banyak gandakan sahaja

-Kalau nak buat banyak pastikan kene tapis banyak 2@3 kali.

-Boleh simpan dalam freezer pati air lemon ni.

-Boleh pelbagai kan jenis buahan tin @ fresh ikut citarasa sendiri.

Sumber: Nur Hanisah Kamaluddin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×