Dapur

Tips Masak Biji Sagu Elok Mata Bulat & Jernih, Kena Buat Macam Ni Rupanya

4.4K
SHARES

Siapa suka makan sagu gula melaka? Memang sedap lebih-lebih lagi dihidangkan waktu panas dan dipadankan dengan kuah santan yang pekat manis. Memang lega tekak! Bila buat sendiri sagu gula melaka di rumah lain pula jadinya kerana biji sagu tidak jernih, ada biji putih dan paling menyedihkan bila bergumpal.

Sebenarnya nak masak sagu ada tekniknya supaya dapat menghasilkan biji sagu mata bulat dan jernih. Nak tahu macam mana? Ikuti tips yang dikongsi oleh Naziha untuk dapatkan biji sagu elok mata bulat dan jernih.

Baca juga: Resepi Roti Kukus Viral Terlajak Lembut, Buat Sendiri Tak Payah Beratur!

TIPS MASAK BIJI SAGU ELOK MATA BULAT & JERNIH, KENA BUAT MACAM NI RUPANYA

1. Pastikan air dah mendidih baru masukkan sagu.

2. Jangan terlalu banyak kacau nanti pecah habis biji sagu tu. Rugi!

3. Air perlu Banyak. Biar cair tak apa nanti mudah nak tapis dan mudah sagu nak kembang.

4. Jika sagu anda masih ada warna putih di bahagian dalam sagu. Teruskan masak hingga sagu clear atau jernih sepernuhnya.

5. Masak selama 5 hingga 10 minit bergantung kepada kuantiti sagu. Kalau banyak lambat sikit nak masak.

6. Jangan cuci sagu sebelum masak. Nanti lepas masak, semua air rebusan sagu akan dibuang. Bilas la sagu anda. Cuci sepuasnya.

7. Jangan rendan sagu nanti habis jadi bubur.

8. Lepas letak warna biar 10 minit. Kalau tak susu anda akan jadi hijau.

9. Boleh guna susu kotak/santan/susu cair. Tambah secubit garam dalam susu untuk bagi rasa lemak.

10. Air yang banyak untuk mempercepatkan sagu kembang. Baru la tak ada putih-putih dalam sagu dan nak tapis pun mudah.

11. Masak air gula merah + gula putih. Sejukkan dalam peti ais. Baru la pekat. Susu dan gula akan nampak berlapis time nak hidang.

Moga bermanfaat.

Sumber: Facebook Naziha

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×