Dapur

Resepi Roti Kukus Viral Terlajak Lembut, Buat Sendiri Tak Payah Beratur!

109
SHARES

RESEPI ROTI KUKUS

Setiap hari pasti ada sahaja menu viral yang ‘muncul’ dan menjadi kegemaran ramai sehingga perlu beratur berjam-jam untuk mendapatkan makanan atau minuman tersebut. Setiap menu viral di luar boleh sahaja dibuat sendiri di rumah dan sudah tentunya lebih murah serta tak perlu beratur berjam-jam.

Kalau anda ingin mencuba roti kukus viral, di bawah merupakan resepi roti kukus terlajak lembut. Boleh buat banyak-banyak dan hidangkan untuk saudara mara.

Baca juga: Resepi Biskut Ovaltine Manis Berlemak, Sesuai Hidangan Hari Raya

RESEPI ROTI KUKUS VIRAL TERLAJAK LEMBUT

Resepi Roti Kukus

Alhamdullilah jadi roti kukusnya. Dia punya lembut tak boleh bawa bincang. Resepi ini saya cari dekat YouTube dan memang dah lama viral di Indonesia. Boleh je pelbagaikan fillingnya mengikut cita rasa pilihan hati. Memang sedap tau! 

Bahan-bahan:

– Tepung pau/gandum 424gram

– Tepung tang mien 75gram (optional)

– Gula halus 125gram

– Yis 5gram

– Baking powder 5gram

– Shortening 50gram

– Air sejuk (225-240gram)

Cara penyediaan:

1. Saya adun menggunkana mixer 7 liter. Masa lebih kurang 30 min low speed.

2. Adunan saya dapat 4 bekas kod 4573 setiap timbangan doh 225gram-228gram.

3. Saya proofing lebih kurang 1 jam-1 jam 30 min bergantung kepada cuaca.

4. Kukus dalam 25 minit ke 30 minit. Make sure balut tutup pengukus dengan kain ye.

5. Roti yang siap dikukus, sejukkan dulu baru potong. Gunakan pisau yang bergigi halus. Boleh dapatkan di kedai bakery pelbagai size ada.

6. Lebihan roti yang belum diisi filling boleh simpan dalam peti beku. Nak guna kukus semula bagi dia lembut balik.

7. Filling boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti anda.

Sedia untuk dimakan. Selamat mencuba!

Sumber: Facebook Juliana Jue Cullen

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×