Dapur

Resepi Suhun Goreng Sebagai Pengganti Bihun, Lebih Sihat & Sesuai Untuk Diet

35
SHARES

Kebiasaanya, suhun digunakan sebagai bahan sampingan di dalam hidangan seperti gulai lemak cili api atau gulai lemak putih. Namun kini, suhun diabadikan sebagai bahan utama dalam hidangan kali ini.

Melalui perkongsian resepi dari Puan Sue Fami, resepi suhun ini bukan sahaja sebagai pengganti kepada bihun tetapi rasanya lebih sedap dan sihat. Kalau anda sedang berdiet, bolehlah cuba! Malah, penyediaan hidangan ini sama seperti menggoreng mi.

Baca juga: Kaedah Simpan Cili Tahan & Segar Hingga 8 Bulan, Jimat & Menarik!

SUHUN LEBIH SIHAT, SESUAI UNTUK ORANG BERDIET

Tukar bihun kepada suhun. Korang tahu tak ianya lebih sedap dan lebih sihat. Siapa yang berdiet tu, sesuai sangat la.

Ikut lah favourite memasing macam mana cara nak masak. Ada yang suka sup, ada yang suka cecampur dengan bahan ikan/daging/makanan laut, ada yang suka buat kerabu. Yang pasti suhun pada saya lebih ringan rasanya.

Perbezaan ketara bihun dengan suhun. Bihun diperbuat daripada tepung beras sedangkan suhun dibuat dari pati kacang hijau, tapi sekarang ada juga yang dihasilkan dari pati ubi kayu dan kentang.

RESEPI SUHUN GORENG!

Saya share resepi ikut tekak saya.

BAHAN-BAHAN:

  • Bawang putih (cincang halus).
  • Chilli flakes.
  • Serbuk cili (sebab saya suka pedas).
  • Kicap cair.
  • Kicap pekat.
  • Sos ikan.
  • Minyak bijan (sikit saja).
  • Kobis.
  • Telor.
  • Biji bijan putih (tabur).
  • Garam & gula sebagai perasa.

CARANYA:

Kemudian goreng la macam stail goreng mi.

TIPS ELAK SUHUN MELEKAT KETIKA MENGGORENG

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan reaksi yang positif sehinggakan ada yang bertanya tips bagaimana untuk elak suhun daripada melekat ketika menggoreng.

Menurut Puan Sue Fami di ruangan komen, dia menyarankan agar suhun direndamkan di dalam air panas terlebih dulu.

1. Rendah suhun di dalam air panas sehingga lembut.

2. Kemudian, buang air panas tadi dan gantikan dengan air sejuk.

Sumber: Facebook Sue Fami via Masak Apa Hari Ni..(MAHN)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×