Sesiapa sahaja yang bela kucing di rumah, pastinya risau jika hendak lepaskan kucing bermain di luar kerana takut bergaduh dengan kucing liar yang lain. Jika sudah bergaduh, balik rumah mesti terdapat luka-luka. Kalau bawa ke klinik risau ubat sapu itu akan dijilat oleh kucing nanti.
Oleh itu, sebagai langkah yang lebih selamat untuk merawat luka atau kurap kucing, anda boleh buat sendiri ubatnya dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi ini. Yang paling penting, ianya mudah dan berkesan.
Baca juga: Cara Buat Semburan Organik Bawang Putih, Tanaman Selamat Daripada Serangga Perosak
GUNA DUA BENDA UNTUK RAWAT LUKA KUCING
Mak sediakan resepi ubat sapu jika majikan kita luka sana sini. Kalau guna krim sapu dari farmasi atau klinik, selalu risau kalau kucing terjilat kan? Kunyit adalah antifungal, antibakteria dan antiviral. Begitu juga dengan minyak kelapa.
Terlalu banyak khasiat 2 bahan ini untuk kita dan para majikan. Yang penting ia selamat dan non toxic. Luka pun cepat baik!
Nak kesian tapi rasa nak marah dulu. Balik kaki hencot lah, tangan terkulai sebelah lah. Geram mak.
Yang kita perlukan cuma 3 benda:
1. Kunyit hidup
2 Minyak kelapa (coconut oil)
3. Botol
Nota: kalau guna virgin coconut oil lagi bagus.
Basuh kunyit bersih-bersih kemudian keringkan. Tak perlu kering beria, boleh lap dengan tisu dapur sahaja.
Letakkan dalam botol, tuang minyak kelapa tadi. Tak ada sukatan tepat untuk sebanyak mana kunyit dan minyak itu. Agak-agak sahaja. Yang penting kita bersederhana sahaja.
Tutup kemas dan siap. Simpan dan biarkan selama 2 minggu. Letak sahaja di satu tempat. Dalam tempoh ini minyak akan menyerap semua khasiat kunyit tadi.
Selepas 2 minggu warna dah bertukar. Kunyit semakin gelap dan minyak semakin kuning. Penuh khasiat dalamnya. Terus boleh sapu pada luka majikan kita yang buas amat itu. Mereka menjilat? Tak ada masalah. Terus jadi ubat untuk mereka.
Tengok warna minyak dah kuning. Luka kucing-kucing kita akan cepat sembuh dan mana-mana yang terkoyak itu akan cepat kering. Natural remedy tanpa bahan sintetik. Oh ya, kita bibik-bibik ini sesuai juga.
Selama mana minyak ni elok? Selagi tiada bau hapak. Kalau dah bau hapak itu maksudnya dah expired jadi bolehlah dibuang, jangan gunakan dah ya. Jadi boleh buat dalam kuantiti yang sikit sahaja dulu supaya tak membazir.
Sumber: Facebook Suhaili Baharudin