Sihat

Petua Hilangkan Sakit Tekak Boleh Buat Di Rumah, Sekejap Je Suara Dah Kembali Merdu!

38
SHARES
petua hilangkan sakit tekak

“Adoi, rimaslah sakit tekak ni tak selesa. Tak larat makan ubat dah, nak cari petua hilangkan sakit tekak pula..”

Memang agak merimaskan apabila dengan tenang menjalani kehidupan yang indah tiba-tiba anda mengalami sakit tekak. Sakit pula tu! Mungkin ada juga yang risau bahawa ini merupakan tanda-tanda awal jangkitan virus COVID-19, namun tidak semua sakit tekak adalah berpunca dari itu.

Oleh itu, apa kata anda cuba sahaja petua hilangkan sakit tekak yang boleh buat dekat rumah. Senang pun senang…

PETUA HILANGKAN SAKIT TEKAK BOLEH BUAT DEKAT RUMAH JE

petua hilangkan sakit tekak

1.DAPATKAN REHAT SECUKUPNYA

Datanglah apa jenis penyakit sekali pun, solusi utama adalah dapatkan rehat dengan secukupnya.  Cukupkan waktu tidur yang tertunda, dapatkan sekurang-kurangnya dalam 8-10 jam sehari. Bukan sahaja dapat merehatkan badan, cara ini juga amat berkesan untuk rehatkan suara anda.

2. MINUM AIR

Minum air dengan cukup membantu untuk mengalirkan cecair yang dapat mengekalkan hidrat tekak. Apa yang perlu dielakkan adalah minuman berkafein dan alkohol yang dapat mengeringkan lagi kawasan tekak.

Antara minuman panas yang dapat melegakan rasa tidak selesa, cuba ‘caffeine-free tea’ atau air panas dicampurkan bersama madu. Bukan itu sahaja, makanan yang sejuk seperti ‘ice pop’ juga sangat bagus untuk menyejukkan tekak.

3.KUMUR AIR GARAM

Mesti ramai dah tahu mengenai petua ini bukan? Walaupun petua ini sudah diamalkan sejak dari zaman nenek moyang, tetapi kita masih tidak pasti dengan berapa kuantiti garam yang diperlukan setiap kali campurkan dalam air.

Apa yang diperlukan adalah 1/4 tau 1/2 sudu garam dan 120- 240 mililiter air suam bagi mengurangkan bengkak di tekak. Anak-anak yang berusia lebih 6 tahun juga boleh cuba cara ini.

petua hilangkan sakit tekak

4.PENGUDARAAN YANG BAIK

Pengudaraan kawasan dalam rumah dan bilik adalah sangat penting. Pastikan udara tidak panas dan kering, sejukkan kawasan sekitar menggunakan kipas atau lebih baik pendingin hawa yang telah dicuci supaya semuanya selesa.

Kalau anda mempunyai mesin penapis udara atau ‘air purifier’ lagi berbaloi.

5. MAKAN GULA-GULA LOZENGES

Paling popular dan mudah adalah dengan makan gula-gula khas dipanggil ‘lozenges’. Bukan sahaja mudah didapati di pasaran malah lozenges ini juga sedap dan sangat mujarab untuk mengurangkan kerengsaan tekak.

Tetapi, jangan beri lozenges ini kepada anak usia 4 tahun ke bawah kerana risiko tercekik.

Bukan hanya dengan lakukan 5 petua ini, ada juga rawatan di rumah yang anda perlu ELAK sepanjang mengalami sakit tekak. Rawatan tersebut menurut Dr. Allan, Cleveland Clinic, pengambilan cuka epal tidak membantu untuk melegakan sakit tekak dan penggunaan ‘essential oils’ juga tidak dapat dibuktikan kesahihan dapat menyembuhkan sakit ini.

Perlu ingat juga bahawa ketika anda mengalami sakit tekak, elak lakukan 4 perkara ini:

-Duduk dalam suasana udara kering
-Merokok
-Makanan berasid, makanan pedas
-Baring serta merta selepas makan, terutama jika ada masalah acid reflux

BILA PERLU JUMPA DOKTOR JIKA ALAMI SAKIT TEKAK

petua hilangkan sakit tekak

Foto: Fastmed

Sudah lama nampaknya sakit tekak ini berlarutan dan sudah bermacam-macam petua digunakan tetapi tak menjadi. Adakah ini masanya untuk anda berjumpa doktor?

Dapatkan rawatan pakar jika:

-Mengalami sakit tekak yang teruk, berlarutan lebih 10 hari dan sakit bahagian telinga.

-Rasa susah nak telan, bernafas dan susah nak buka mulut.

-Batuk berdarah, ada darah dalam air liur.

-Ada ketulan di bahagian leher.

Demam panas.

-Hilang suara selama seminggu atau lebih.

Sumber: MayoClinic, Cleveland Clinic

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×