Pantang

Pernah Tak Sedarkan Diri Akibat Kuning Tinggi, Inilah Hero Jaundis Mama

527
SHARES
pengalaman anak jaundis

“Risaunya anak kena kuning dah lebih 2 minggu ni. Apa lagi aku nak buat bagi baby cepat sihat. Ada yang cakap mungkin kuning ni puncanya daripada susu ibu. Dahtu, patut ke campur susu formula?”

Bayi kuning atau jaundis adalah adalah perkara yang kerap dialami oleh bayi baru lahir. Secara teorinya, kekuningan ini berlaku apabila terkumpulnya bilirubin pada kulit.

Susu Ibu Menyebabkan Jaundis?

Apa yang menjadi kekeliruan ibu-ibu antaranya adalah apabila diberitahu bahawa jaundis bayi berpunca daripada susu ibu (breastmilk jaundice). Inilah yang menjadi penyebab sesetengah ibu berasa ragu-ragu terhadap susu badan mereka dan langsung berikhtiar dengan memberi susu formula mahupun ubatan herba kepada bayi tanpa konsultasi doktor.

Menurut laman web perubatan The Diagnosa, walaupun ada beberapa kajian yang menunjukkan susu bayi boleh menyebabkan kekuningan, kelebihan pemberian susu bayi adalah melebihi kerisauan kita pada perkara tersebut. Maka, anda tidak dinasihatkan untuk berhenti menyusukan bayi dengan susu badan kerana ia mengandungi pelbagai manfaat seperti membekalkan nutrien yang secukupnya pada bayi, mengelakkan bayi daripada kebanyakkan jangkitan kuman, memberi pertumbuhan bakteria baik dalam usus dan banyak lagi.

Dalam artikel kali ini, kami berbesar hati dengan coretan Puan Noorfazila Binti Abdul Rahman kerana sudi berkongsikan pengalaman menyusukan anak beliau yang mengalami jaundis dengan bacaan tinggi, iaitu sehingga 2 bulan lamanya.

Semoga ia menjadi inspirasi kepada ibu-ibu di luar sana yang sedang berjuang di samping bayi masing-masing.

Dzaakir Laaiq, Hero Jaundis Mama

Salam Jumaat semua. Sayalah HERO JAUNDIS Mama.
Semua yang berlaku ada hikmahNya.

Saya pernah mengejutkan semua dgn bacaan TSB (Bilirubin) : 1,840umol/l
Malam hari yang sama selepas bacaan sekali lagi dibuat di PPUM bacaan TSB turun ke : 613umol/l

Saya pernah jalani proses tukar darah (exchange transfusions).
Saya pernah diintubate kerana doktor kata jantung saya beberapa kali terhenti sewaktu prosedur pertukaran darah.
Saya pernah tidak sedarkan diri walaupun selepas ubat tidur dihentikan
Seperti kakak-kakak saya, saya juga mengalami prolonged jaundice sehingga berusia hampir 2 bulan.

Tak Hentikan Penyusuan Walaupun Bayi Alami Breastmilk Jaundice

Ya saya teruskan kehidupan dengan darah dari penderma darah yang tidak kami kenali. Moga Allah merahmati hidup penderma darah tersebut kerana menyelamatkan nyawa saya.

Waktu itu Mama dan Papa tak pernah beri saya makanan lain selain susu ibu sebagai penawar jaundis kerana mereka yakin penawarnya telah Allah swt sediakan di dalam SUSU IBU. Sebab itu Mama saya susukan saya sepenuhnya dengan susu ibu kerana susu Mama akan menjadi darah daging saya.

Jadi aunty semua, jangan risau bila kawan-kawan saya kena jaundis. Dapatkan rawatan secepat mungkin di hospital. Elakkan makan sebarang jamu buat sementara waktu.

Teruskan pernyusuan seperti biasa, susukan sekerap yang boleh dan tak perlu beri minum susu formula / minuman lain selain susu ibu kerana walaupun mereka alami Breastmilk Jaundice, penawarnya adalah tetap SUSU IBU.

Kurang Susu Ibu Pun Boleh Menjadi Punca Jaundis

Satu lagi jenis jaundis adalah breastfeeding jaundice, di mana bayi kuning berpunca daripada kekurangan susu ibu.

Untuk mengelak dari bayi mendapat breastfeeding jaundice, perhatikan posisi dan cara lekapan sewaktu mereka menyusu supaya mereka dapat latch dengan betul dan mendapat susu yang mencukupi.

Perhatikan juga kencing dan berak mereka untuk pastikan mereka mendapat susu yang cukup. Jika bayi diletak di bawah rawatan Fototerapi dan tidak dibenarkan menyusu secara direct. Perah dan berilah susu ibu melalui cup dan bukan melalui botol untuk mengelak nipple confusion (keliru puting).

Semoga Ibu Sentiasa Bersemangat!

Akhir sekali, berhentilah menjadikan jaundis sebagai alasan untuk menghentikan penyusuan. Tak perlu risau pun untuk teruskan penyusuan.

Sentiasalah bersemangat seperti Mama saya. Sebab itu tak pernah seorang pun nurse atau doktor suruh Mama saya beri susu lain kerana Mama saya sangat komited dengan penyusuan.

Kongsilah cerita ini kepada semua sahabat-sahabat yang mempunyai anak jaundis dan berasa down dengan keadaan itu.

 

*Coretan asal tentang pengalaman anak jaundis ini dikongsikan oleh Puan Noorfazila Abdul Rahman, kaunselor laktasi bertauliah. Untuk tips-tips penyusuan atau sebarang pertanyaan, follow beliau di SINI.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×