Asuh

3 Cabaran Yang Mak Ayah Mungkin Hadapi Semasa Anak Baru Lahir

16
SHARES

Tugas sebagai ibu bapa bukanlah satu perkara mudah terutamanya bagi mereka yang pertama kali bergelar ibu bapa. Pelbagai perkara perlu dipelajari dalam memastikan tanggungjawab dijalankan dengan betul. Ramai dalam kalangan ibu bapa yang terlepas pandang cabaran menjaga anak baru lahir kerana mereka menyangka anak-anak akan kekal sihat. Jom kami kongsikan 3 cabaran ibu bapa hadapi semasa anak baru lahir di bawah.

Baca juga: Anak Suka Tidur Lewat? Ini 10 Tips Ubah Rutin Tidur Lebih Awal

3 CABARAN YANG MAK AYAH MUNGKIN HADAPI SEMASA ANAK BARU LAHIR

1. Jangkitan kuman paru-paru 

Ada bayi yang lahir dalam keadaan susah nak bernafas. Bayi ni nafasnya laju, mukanya biru, dadanya berombak. Ada bayi yang tak sempat pun nak diberi kepada ibu. Lepas lahir, terus saja dibawa ke wad bayi untuk diberi bantuan pernafasan. Bayi yang tak terima oksigen yang secukupnya selama 4 minit, boleh cederakan otak dia selama-lamanya.

2. Jaundice

Kalau kuning tu lebih dari 14 hari (untuk bayi yang lahir cukup bulan) atau 21 hari (bayi pramatang), disaran untuk dirujuk ke hospital untuk pemeriksaan seterusnya. Selalunya kena ambil sampel darah dan air kencing bayi.

3. Selsema dan batuk

Bayi ialah nasal breather. Maksudnya dia hanya tahu bernafas melalui hidung. Hingus selsema akan menutup satu-satunya laluan pernafasan bayi.

Ubat batuk dan selsema dilarang untuk diberi kepada bayi bawah 2 tahun. Ini ialah arahan terus dari Kementerian Kesihatan Malaysia.

Bayi yang selsema boleh dibantu guna:

  • Normal saline nasal drop
  • Nasal spray
  • Nasal aspirator

Begitu ramai mak ayah mengeluh yang mereka tak tahu mengenai ilmu ini dan mereka sangka anak lepas lahir akan sihat saja sampai dewasa. Ada juga yang biarkan anak sakit di rumah dan berharap sakit itu hilang sendiri. Boleh jadi, ada ibu ayah yang tak ada ilmu asas penjagaan anak.

Sumber: Dr Redza Zainol

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×