Asuh

Jangan Bagi Kentang Kalau Anak Tengah Berkahak & Kembung Perut, Ini Sebabnya…

17
SHARES

Tidak mudah sebenarnya menyediakan makanan untuk si kecil. Banyak pantang larang perlu dititikberatkan demi menjaga kesihatan serta tumbesaran mereka.

Antara perkara ibu bapa sering terlepas pandang adalah memberi kentang untuk anak-anak dan dijadikan rutin harian. Sebenarnya, kentang boleh menyebabkan kahak, gatal mata, hidung dan sebagainya.

Baca juga: Rupanya Ada 6 Makanan Boleh Jadi ‘Ejen’ Pencair Kahak, Boleh Cuba Ni!

JANGAN BAGI KENTANG KALAU ANAK BERKAHAK & KEMBUNG PERUT

Hal ini kerana dalam kentang mengandungi patatin dan solanine. Untuk anak-anak yang alah dengan 2 unsur ni, memang senang kahak nak berkumpul bila makan kentang. Ikuti penerangan lanjut oleh Dr Mazliana Mazlan.

Antara simptom lain bila alah pada patatin dan solanin:

– Gatal mata

– Gatal hidung dan bersin

– Gatal kulit

– Gegatal dan eczema

– Gatal dan sakit tekak

– Batuk kahak

Boleh juga sebabkan masalah dengan usus:

– Loya dan muntah

– Kembung perut

– Cirit birit

Anak-anak, kalau ada masalah macam ni bila diorang makan kentang atau fries, mungkin kena cuba elakkan kejap lepas ni.
Betulkan usus anak dulu.

Elakkan makanan ultra processed dari anak, banyakkan real food. Ini salah satu cara paling utama untuk betulkan usus anak-anak.

Real food macam kentang ni, sepatutnya baik untuk anak makan, tapi bukan semua yang sesuai dan serasi. Kalau anak batuk, saya biasanya elakkan kejap kentang dari anak-anak.  Sebab taknak trigger lagi batuk dengan kemungkinan kahak akan berkumpul lebih banyak.

Korang boleh perhatikan anak-anak ok, samada kentang okay atau kurang okay untuk anak korang. Sekarang musim anak demam, batuk, selsema kan.

Elakkan beli french fries dari restoran fast food tau kalau anak tak lalu sangat nak makan. Balik rumah buat bubur kosong letak keledek, atau beli air kelapa pun lagi baik, insyaAllah.

Sumber: Dr Mazliana Mazlan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×