Asuh

Rupanya Ada 6 Makanan Boleh Jadi ‘Ejen’ Pencair Kahak, Boleh Cuba Ni!

23
SHARES

Kahak dengan kanak-kanak bukan satu perkara yang asing. Perkara tersebut secara tidak langsung membuatkan ibu bapa rungsing dalam memastikan anak-anak mereka kembali sihat seperti biasa.

Pasti pelbagai cara cuba dilakukan untuk mengurang kahak anak tetapi tetap juga tidak berjaya. Apa kata, ibu bapa di luar sana cuba praktikan 6 makanan yang boleh jadi ejen pencair kahak seperti perkongsian Dr Mazliana Mazlan.

Baca juga: Rupanya Sebiji Epal Sehari Boleh Kurangkan Risiko Asma, Ini Caranya…

RUPANYA ADA 6 MAKANAN BOLEH JADI EJEN PENCAIR KAHAK

Makanan boleh jadi ejen pencair kahak tau. Ramai tanya, makanan apa yang baik untuk anak makan bila batuk berkahak. Yang paling utama, makanan ultra proses penggalak kahak kita kena cuba elakkan sebaiknya.

Singgang ikan dan sup ayam, antara makanan yang wajib saya buat bila anak tak sihat. Banyak bahan ramuan pemusnah kahak kita boleh letak dalam makanan macam ni.  Saya kongsi 6 jenis makanan yang boleh kurangkan kahak dari anak-anak.

1. IKAN

Kandungan omega 3 bantu kurangkan radang dalam badan anak.

2. BEBAWANG

Allium dalam bebawang sebagai antiradang untuk kurangkan penghasilan kahak.

3. MAKANAN TINGGI FIBER

Buah dan sayur. Labu, sayur hijau, nenas, pear. Makanan tinggi fiber bantu cairkan kahak.

4. CALSICUM

Dalam capsicum, ada capsaicin. Unsur kimia yang bantu kurangkan kahak.

5. AIR

Wajib jadi kawan baik anak bila batuk. Air yang cukup, akan bantu pecah dan cairkan kahak anak. Air kelapa pun boleh.

6. SUP

Makanan bersup dengan bahan ramuan tinggi nutrisi dan bahan ramuan yang boleh kurangkan kahak. Makanan utama yang perlu kita bagi bila anak tak sihat.

Makanan, bukan ubat. Tapi, ia boleh bantu proses penyembuhan jika diambil dengan cara dan kaedah yang betul. Kita cuba sama-sama ya. Banyakkan real food untuk anak, dan jauhkan sebaiknya makanan tinggi proses dari anak-anak.

Sumber: Facebook Mazliana Mazlan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×