Asma dalam kalangan kanak-kanak adalah penyakit yang biasa dan ia melibatkan semua peringkat umur. 10 -14 % kanak-kanak sekolah menghidap asma.
Ada pelbagai faktor yang menyebabkan gejala asma berlaku dan untuk pengetahuan ibu bapa, bagi mengurangkan risiko asma menjadi lebih teruk anda boleh cuba memberi sebiji epal seperti perkongsian Dr Mazliana Mazlan.
Baca juga: 3 Supplement Semula Jadi Penting Untuk Anak, Umur Seawal 6 Bulan Dah Boleh Bagi
SEBIJI EPAL SEHARI BOLEH KURANGKAN RISIKO ASMA, INI CARANYA
Jelas Dr Mazliana, ibu mengandung yang mempunyai sejarah penyakit digalakkan untuk menjadikan epal sebagai ‘sahabat baik’ supaya kesihatan bayi tidak terganggu.
Epal bagus untuk anak yang ada asma. Kalau anak dapat makan sekurangnya sebiji sehari, insyaAllah boleh kurangkan risiko serangan asma jadi lebih teruk, dengan izinNya.
Lagi banyak epal yang anak makan, lagi kurang risiko kekerapan nak dapat serangan asma, insyaAllah. Dalam epal ada flavonoids. Kandungan ini lah yang buat tahap asma anak kita makin baik. Flavonoids akan mantapkan fungsi paru-paru anak.
Bila ada sesuatu yang trigger asma anak, paru-paru dapat bekerja dengan baik. Maka serangan asma pun akan jarang berlaku, atau tak teruk sangat seperti sebelumnya.
Ada kajian menyatakan yang kalau ibu mengandung ambil epal 4 biji seminggu, risiko asma pada anak yang dikandung akan berkurang lebih 37peratus.
Kalau korang ada sejarah keluarga dengan masalah alahan seperti asma, eczema, resdung atau psoriasis, ada baiknya korang jadikan epal sahabat baik waktu mengandung.
Dengan izinNya, insyaAllah akan berkurang risiko alahan untuk transfer ke anak. Epal untuk bagi anak makan, cari selain dari negara China dan USA. China sebab tanah toksiknya, dan USA pulak dengan isu GMO nya.
Dan untuk anak asma, keluarkan epal dari peti sejuk, makan bila epal di suhu bilik. Kalau epal sejuk, pun boleh trigger asma semula. Sama-sama kita cuba banyakkan real food untuk anak-anak ya, lebih kena jaga bila anak ada masalah alahan.
Sumber: Facebook Dr Mazliana Mazlan