Asuh

10 Perkara Ini Mak Ayah Kena Cuba Elak Berlaku Di Rumah, Penting!

17
SHARES

Tak mudah sebenarnya mengalas tanggungjawab menjadi insan bergelar ibu dan ayah. Pelbagai tanggungjawab perlu dilaksanakan dalam membesarkan anak-anak sehingga terlupa ada beberapa perkara yang dilakukan sebenarnya salah.

Berikut merupakan 10 perkara mak ayah kena cuba elak berlaku di rumah supaya anak-anak kekal bahagia dan tidak stres. Bukan emosi mak ayah sahaja perlu dijaga, emosi si anak anak juga perlu dijaga.

Baca juga: Kaedah Timer Sticks Bantu Displinkan Anak & Lebih Tepati Masa

10 PERKARA MAK AYAH KENA CUBA ELAK BERLAKU DI RUMAH

1. Mengugut anak. Ini tanda skil komunikasi kita dengan anak masih lemah.

2. Tak letak peraturan yang jelas di rumah.

3. Tipu anak. Sebaiknya kita berkongsi maklumat dengan anak mengikut tahap usia anak.

4. Kita biarkan anak langgar peraturan yang kita dah tetapkan. Anak akan fikir peraturan boleh dilanggar sesuka hati.

5. Bercakap dengan nada dan ayat sarkastik.

– Anak bawah usia 5 tahun tak faham konsep abstrak.

– Anak kecil hanya boleh lihat dunia dari pandangan mereka sahaja (one viewpoint).

– Dia belum boleh tengok dunia dari kacamata orang lain.

6. Desak dan tanya anak berkali-kali kenapa dia menangis. Beri dia masa untuk bertenang dulu.

7. Abaikan emosi yang anak rasa.

– Kita perlu iyakan setiap emosi yang anak kecil rasakan. Mereka sedang belajar memahami setiap emosi yang ada iaitu marah, sedih, gembira dan takut.

8. Elakkan guna ‘Time-out’. Digalakkan untuk guna ‘Time-in’ :

– Duduk di sisi anak semasa dia menangis tanpa marah-marah.

– Peluk dan gosok belakang anak.

– Minta anak ceritakan selepas dia dah bertenang.

9. Kita respon dengan cara menjerit juga bila anak menjerit di rumah.

10. Bila anak terbuat salah, tujukan perkataan dan tindakan kita pada perbuatan yang salah itu. Jangan tuju pada anak.

Tak kira apa pun salah anak, dia tetap anak yang baik. Sentiasa ingat, perbuatan dia yang salah tu boleh dibetulkan.

Salah: “Apa teruk sangat abang ni. Pegang cawan pun tak tahu.”

Anak akan merasakan dirinya tak berguna dan dibenci mak ayah.

Betul: “Nak pegang cawan, macam ni caranya. Bukan macam tadi.”

Anak akan faham, cara pegang cawan je yang salah. Dirinya tetap budak yang baik, mak ayah tetap sayang padanya. Jika diamalkan, keyakinan diri si kecil akan bertambah dan sentiasa bermotivasi untuk perbaiki diri.

Sumber: Twitter Dr Redza Zainol

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×