Tak mudah sebenarnya untuk mendisplinkan anak lebih-lebih lagi ketika usia mereka kecil kerana pelbagai aktiviti lain yang mereka suka lakukan seperti bermain game di telefon dan menonton YouTube.
Sebagai ibu bapa sudah tentunya mahu si anak tidak membuang masa melakukan perkara tidak berfaedah. Antara kaedah ibu bapa boleh cuba untuk mendisplinkan anak adalah dengan menggunakan timer sticks seperti yang dilakukan oleh Puan Athirah Hanis.
Baca juga: 5 Perkara Toksik Boleh Rosakkan Hubungan Adik-Beradik, Bahaya!
KAEDAH TIMER STICKS BANTU DISPLINKAN ANAK & LEBIH TEPATI MASA
Kaedah ini saya namakan Timer Sticks dan Alhamdulillah banyak membantu saya dalam mendisplinkan anak-anak terutamanya semasa sesi screen time mereka setiap hari.
Biasalah, nama pun kanak-kanak kan. Kalau kita hanya sebut dan bagitahu saja limit waktu tontonan, banyak kali ulang pun mereka tak ingat. Sebab tu saya gunakan kaedah visual sebegini, mereka cepat ‘nampak’ dan alert dengan arahan yang kita berikan.
Saya gunakan batang aiskrim dan jam digital. Dekat batang aiskrim saya tulis siap-siap rutin dan tanggungjawab yang anak buat setiap hari.
Contohnya
– Simpan mainan – 15 minit
– Kemas katil – 10 minit
– Screen time – 1 jam
– Sesi membaca – 15 minit ( 3x )
– Outdoor game – 2 jam >
– Board game – 1 jam >
– Solat – 15 minit (5x)
– Sesi homeschool – 30 minit (3x)
Saya cuba kaedah ini dengan izin Allah berjaya. Mungkin sebab anak-anak saya jenis visual learner, jadi senang cara ini untuk mereka praktik.
Tapi macam mana pun mereka ni kanak-kanak, kita just follow the flow je. Tak setiap hari kami buat, sebab ada hari pun kami akan ke luar, balik kampung, travel tak dapat follow timer ni. Cuma membantu bila hari yang lama stay kat rumah.
Semoga ada manfaatnya dan selamat mencuba!
Sumber: Facebook Hanis Athirah Rusli