Asuh

5 Perkara Toksik Boleh Rosakkan Hubungan Adik-Beradik, Bahaya!

28
SHARES

Baru-baru ini kita digemparkan dengan satu berita menyayat hati di mana seorang remaja lelaki berusia 16 tahun maut ditikam kakak. Kejadian tersebut difahamkan berlaku kerana pergaduhan antara mereka sehingga menyebabkan si kakak bertindak sedemikian.

Buat ibu bapa di luar sana, pastikan anda pantau perkara yang dilakukan oleh anak dan elakkan 5 perkara toksik ini supaya tidak merosakkan hubungan adik-beradik.

Baca juga: Elak Pilih Beg Sekolah Beroda Jika Sekolah Bertingkat, Bahaya!

5 PERKARA TOKSIK BOLEH ROSAKKAN HUBUNGAN ADIK BERADIK

1. MEMBANDING-BANDINGKAN

2. MELABEL

Melabel juga merosakkon potensi dalam diri anak. Salah faham ibu ayah tentang anak ini akhirnya buat anak percaya diri mereka  tak pandai, pemalu dan nakal.

3. FAVORITISM

4. TEKANAN BERLEBIHAN

5. MENYAKAT

5 PERKARA TINGKATKAN KEMESRAAN ADIK-BERADIK

Ini antara resepi kemesraan adik-beradik yang pernah saya belajar dari pelbagai ahli psikologi.

1. We time

Cari masa duduk sekali.

– Pilih gambar atau video-video zaman anak-anak masih kecil dan mesra. Tonton bersama.

– Ambil giliran untuk diskas topik positif seperti ‘Perkara yang saya sukai pada adik beradik saya.’

–  Spark kisah lucu/ kenangan dengan adik beradik.

– Cipta aktiviti yang boleh dibuat bersama. Main board games, main teka-teki, bina lego bersama, main bola bersama.

2. ‘Individual Attention’ Time 

Mother and son having fun in public park, eating ice cream

– Ambil turn untuk ‘dating’ dengan anak. Contoh, minggu ni mama dating dengan anak 1, ayah dating dengan anak 2. Minggu depan ambik giliran untuk anak seterusnya.

– Ada masa, suami bawak anak 1 pergi camping, saya bawa sorang lagi pergi skate park. Ada hari ke library. Ada hari, sekadar duduk kat cafe berdua makan aiskrim.

3. Berkempen dari bayi

Bolah jadi kebencian anak tua kat adik, mula dari saat adik lahir lagi. Yelah. Dulu, yang dapat kasih sayang, attention, puji-pujian, dia sorang je. Bila dan ada adik, kasih sayang, attention tu semua, dapat kat adik.

Sejak adik dari perut lagi, kita kempenkan keletah lucu adik. Dan seronoknya dapat ajar adik, main sama adik, dan tolong adik kenal dunia.

4. Highlight positivity

Mulut kita ni. Kena jaga-jaga sikit bercakap. Elak highlight permusuhan anak-anak. Sebaliknya, highlight yang indah-indah bab hubungan mereka.

“Mama suka tengok abang makin pandai kongsi mainan dengan adik.”

 “I really love to see you guys laugh and play together.” 

“Abang tau, masa abang pergi sekolah, adik teringat kat abang. Siap belikan abang roti.” 

5. Doa 

Doa Allah satukan hati anak-anak kita. Saling membantu, mendamaikan dan berkasih sayang. Setiap risau yang bertandang, kita jadikan reminder untuk kita doa yang baik-baik pada Allah untuk anak.

Jagalah hubungan adik-beradik sebaik-baiknya.

Sumber: Facebook Wawa Shauqi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×