Famili

Ibu Kongsi Kisah Pilu, Anak Usia 4 tahun Kena Serangan Bell’s Palsy…

751
SHARES

Kebanyakkan anak-anak zaman sekarang memang sudah pandai menggunakan gajet. Ada sahaja video di YouTube atau games yang mahu dimuat turun. Boleh dikatakan mereka akan melekat sahaja dengan telefon mahupun tablet.

Kadang kala ibu bapa juga terlalu sibuk dengan pekerjaan sehingga tidak perasaan anak sudah melihat skrin gajet dalam tempoh masa yang panjang. Hal ini sama seperti perkongsian di Facebook milik ibu bernama Farhah Amir. Sebak dan memilukan…

Baca juga: [VIDEO] “Allah, Seriau Tengok…”- Abang Tergunting Jari Adik, Mujur Tak Serius!

IBU KONGSI KISAH PILU, ANAK USIA 4 TAHUN KENA SERANGAN BELL’S PALSY

Menerusi perkongsian tersebut, ibu itu menceritakan anak perempuannya bernama Nur Aileen Faqeeha berusia 4 tahun diserang bell’s palsy akibat tekanan pada saraf kerana gajet.

My pretty baby. Mama cried inside. Pray for baby. Dia ni tak macam abang Ariq. Apa-apa tak bagitahu mama. Independent konon. Mungkin hari ini dah empat hari kena bell’s palsy. Baru 4 tahun.

Sebenarnya, lebih rasa bersalah. Mama sibuk kerja lepastu tinggal dia dekat rumah siap bagi tab. She addicted with tiktok. Selalu tidur lewat sebab tengok tiktok.

Sebelum ada Aniq, kami tidur bergelap. Bila tutup semua lampu, dia orang dah faham yang tak boleh telefon atau tab. Kena baca doa dan tidur.

Tapi sejak ada Aniq, memang satu lampu depan toilet akan terpasang. Baby akan tengok tab atau telefon mama hala dekat lampu tu. Dah masuk empat bulan la macam ni.

Tuptup Allah nak tunjuk kali ni, mama lupa yang biasa buat tiap-tiap malam dengan abang dan baby sebelum tidur. Mama biar abang dengan baby tidur sendiri. Mama biar abang dengan baby mandi sendiri.

Alhamdulillah, syukur Allah tegur awal-awal. Semoga baby diberikan kesembuhan. Mama sedih sebab macam-macam baca dekat Google. Mama kena kuat.

KEPUTUSAN YANG POSITIF DARI DOKTOR, RADANG PADA SARAF MUKA

Alhamdulillah. Semua yang positif dari doktor. Doktor cakap nasib mama datang cepat. Ada parents yang sanggup pegi ngurut dekat luar sebab percaya yang bells palsy ni stroke macam dewasa.

Dari explanation doc tadi, within 72hr masih boleh diberi ubat dan bells palsy ni berlaku sebab radang di salah satu saraf dekat muka.

Mama tanya doc, punca berlaku ni sebab tengok tab dalam tempoh yang lama ke? Doc cakap bergantung pada kanak-kanak. Tapi bells palsy ni sebab saraf. Aware dengan kecederaan anak terutama bahagian telinga dan wajah. So, doc on steroid untuk sebulan dan refer pada klinik pakar mata.

Allah menegur dalam banyak cara. Kite je jangan lalai. Allah tegur sebab Allah sayang kita. Bersangka baik dengan teguran Allah. Moga boleh dijadikan pengajaran buat ibu bapa di luar sana.

Sumber: Facebook Farhah Amir

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×