Famili

[VIDEO] “Allah, Seriau Tengok…”- Abang Tergunting Jari Adik, Mujur Tak Serius!

38
SHARES

Bagi anda yang mempunyai anak kecil, pasti tahu cabaran perlu dihadapi oleh ibu-ibu dalam memastikan keselamatan anak terjaga. Tambah pula jika mempunyai anak kecil yang ramai dan ia kadang-kala boleh mendatangkan bahaya kerana agak sukar untuk mengawal aktiviti mereka.

Hal ini boleh disamakan dengan perkongsian seorang ibu di laman TikTok terkejut melihat keadaan anak perempuan. Video tersebut sudah tentunya mendapat perhatian netizen kerana turut terkejut melihat perkongsian ibu itu. Haa kenapa pula tu? Adoi, bahaya betul!

Baca juga: [VIDEO] Ibu Pening Kepala Anak Cabut & Susun Keyboard Ikut Susunan. Adoi!

ABANG TERGUNTING JARI ADIK, MUJUR TAK SERIUS

Menerusi video pendek berdurasi 10 saat itu, ibu yang dikenali sebagai @Amirafarid memaparkan keadaan jari dan tubuh anaknya dipenuhi darah.

Video tersebut menerima hampir dua juta tontonan dan sudah tentunya menjadi tanda tanya warganet kerana tiada sebarang penjelasan. Jadi,  menjengah ke ruangan komen, ibu itu menjelaskan kejadian tersebut berlaku apabila anak lelakinya yang berusia 2 tahun secara tidak sengaja tergunting jari adik perempuannya itu.

VIDEO PENUH:

Walau bagaimanapun, keadaan adik itu semakin beransur pulih dan kecederaan juga tidak begitu serius kerana ia tidak tercedera di bahagian tulang. Alhamdulillah. Seriau tengok banyak darah…

VIDEO PENUH:

Video itu sudah tentunya dibanjiri komen warganet. Ada juga ibu yang turut trauman melihat kejadian itu kerana anaknya berusia 10 bulan baru sahaja memasukan tangan dalam rantai basikal dan hampir menyebabkan putus.

Warganet turut tidak melepaskan peluang mendoakan agar adik kecil itu dikurniakan kesembuhan dalam kadar segera. InsyaAllah Amin.

Sumber: TikTok Amira Farid

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×