Dengan adanya pelbagai kecanggihan alatan canggih dalam zaman serba teknologi ini, segalanya boleh diakses yang dengan menggunakan jari. Tidak ketinggalan, anak-anak yang masih kecil pun sudah pandai menggunakan alatan canggih sebegini dalam kehidupan seharian.
Begitu juga dengan kisah ini dimana seorang ibu yang dikenali Sharifah Nur Adleen berkongsi kisah ‘lucu’ apabila anaknya secara tidak sengaja membuat pesanan makanan melalui aplikasi penghantaran makanan. Kejadian tersebut, terjadi di Kuching, Sarawak. Memang lucu!
SAMPAI 12 BUNGKUS TOMYAM ANAK ORDER!
Nak rasa apa? Rasa nak tetak ka nak nangis ka nak marahh???Anak pun kerjaan..Order Tom yum sampey 12 igek..dgn sup tulang lagik..kerabu daging jak lagikk..dhla CASH ON DELIVERY dgn FOODPANDA..
Menerusi postingnya di Facebook, anaknya telah membuat pesanan beberapa menu iaitu, 12 tomyam seafood, satu sup tulang lembu, dua kerabu daging, dan empat sup daging. Bayangkan 19 bungkusan makanan yang sampai di pintu depan rumah, hasil angkara anak sendiri. Bukan itu sahajam jumlah kos yang perlu dibayar ketika itu adalah sebanyak RM 226.76 sen yang perlu dijelaskan ketika rider sampai menghantar makanan.
Tidak berakhir di situ, anaknya turut menggunakan perkhidmatan tunai semasa perkhidmatan (COD) ketika pesanan dibuat. Jika menggunakan online banking, besar kemungkinan transaksi tersebut tidak dapat dilakukan kerana memerlukan kata laluan bagi mengakses ke portal bank. Alahai kesian si ibu.
Anda rasa saya ada masa untuk sakit kepalaaa?
Si ibu, sempat memuat naik beberapa keping foto anaknya yang telah bertanggungjawab membuat pesanan makanan tersebut. Muka tak bersalah tu!
KOMEN-KOMEN ORANG RAMAI
Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian warga netizen yang terhibur dengan apa yang telah terjadi. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan nasihat supaya ibu-ibu mengambil langkah berjaga-jaga dengan meletakkan kata laluan bagi mengakses aplikasi tersebut supaya anak mereka tidak lagi ‘tersengaja’ membuat pesanan sesuka hati.
Sumber: Sharifah Nur Adleen