Asuh

‘Masa Kecil Pernah Main Cium-Cium Dengan Adik’- Awas Kandungan Kartun Di Youtube!

11
SHARES
youtube kanak-kanak

Sudah menjadi kebiasaan kanak-kanak zaman sekarang diberikan tontonan kartun dengan menggunakan tablet atau telefon pintar. Ada rancangan kanak-kanak yang memberikan input positif kepada anak-anak namun ada juga yang menyelitkan unsur pronografi dalam rancangan tersebut tanpa kita sedar.

Bukan itu sahaja, sudah banyak kes yang dipaparkan di berita utama membabitkan kegiatan kanak-kanak bawah umur yang sudah pandai menunjukkan aksi lucah. Rupa-rupanya, anak-anak dah terpengaruh dengan kandungan dalam kartun yang ditonton mereka! Begitu juga dengan perkongsian Wawa Shauqi yang mengatakan beliau juga pernah berada dalam situasi yang sama!

Baca juga: Awas Propaganda Halus Racun Anak Kecil, Ini 8 Kartun Ada Selit Unsur LGB*Q

“MASA KECIK, SAYA PERNAH MAIN CIUM-CIUM DENGAN ADIK”

Masa saya kecik, saya pernah main cium mulut dengan adik perempuan saya. Sebab terpengaruh dengan kartun Cupid kat TV. Mujurlah mak sedara tegur. Kalau tak, mungkin kawan-kawan lain yang kami ajak main bersama, jadi mangsa kena cium jugak. Masa tu kami budak lagi. Manalah tau rupanya benda tu salah.

Sebenarnya, memang kanak-kanak ni mudah sangat terpengaruh dengan kartun. Mereka serap apa yang dilihat dan terjemahkan melalui perbuatan. Ada satu hari tu, anak saya main dengan pisau. Nasib baiklah pisau potong kek. Terperanjat saya tengok.

Pisau tu diangkat dan adiknya dikejar. Sambil senyum macam psiko, dia sebut “I see youuuu”. Bila diselidik, rupa-rupanya dia belajar dari kartun Huggy Wuggy. Patutlah masa anak saya nak tengok youtube, dia mintak izin saya, “Boleh tak tengok Huggy Wuggy.”

Masa tu saya tak sempat nak tengok skrin. Saya dengar nama tu comel je. Jadi saya bagi je la. Ya Allah. Tak sangka pulak kartun tu ada unsur seram dan ganas. Dan cerita seumpamana, melambak-lambat boleh jumpa kat YT. Sekali klik, keluar suggestion yang lagi extreme.

YOUTUBE IBARAT TAMAN PERMAINAN BUAT ANAK-ANAK

Mak ayah semua, marilah sama-sama kita pantau. Cuba tengok gambar pertama yang saya letak ni. Ini antara konten-konten kartun yang saya sendiri jumpa di YT. Sedih sangat. Tak dapat bayang unsur ganas, lucah dan aksi takde adab ni ditonton anak kita setiap hari. Bahaya bila unsur ni dah sebati. Bila terikut, jadi pengaruh buruk pulak kat kawan-kawan yang lain.

Bukan kat youtube je. Netfix ngan Disney Plus pun sama. Nama je rating kanak-kanak. Tapi scene kissing, seksi dan lgbt tu mesti terselit. Bila saya dapat tau kewujudan Durioo+ ni, rasa lapang sikit dada. Orang kata, kontennya dibina orang Malaysia.

Ya, creator yang sama buat Omar Hana tu. Saya dah cuba tonton. Guna langganan 7 hari tu. Memang tak rugi langgan untuk anak-anak. Sebab konten dia bukan takat selamat dari unsur lucah, ganas dan pengaruh barat. Malah lebih Islamik. Rupanya, sebab mereka ada advisor official mereka iaitu Prof Dr Mariani dan Ustaz Don Daniyal. Cayalah!

Setakat ni kalau nak ikutkan dah ada 600 video, setiap bulan pula akan ditambah 50 video baharu. Yang paling saya puji, konten pula padat dengan ilmu dan pelbagai nilai murni yang positif.

Saya tulis mengenai ni sebab rasa dah jadi tanggungjawab saya untuk kongsi benda yang ada manfaat untuk kebaikan bersama. Sekarang dah tiba masanya untuk kita bertindak untuk masa depan anak-anak kita dan anak-anak muslim seluruh dunia InsyaAllah. Terima kasih tuan Sinan Ismail dan team Durioo+ atas penghasilan platform ni.

Bagi mak ayah mithali yang nak melabur platform media yang selamat, kaya dengan unsur nilai murni untuk anak-anak tersayang, boleh tengok di sini https://bit.ly/3KP7JwI

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×