Teknologi

Netflix Malaysia – Pencabar Baru Astro & HyppTV?

Netflix Malaysia - Pencabar Baru Astro & HyppTV?

Netflix Malaysia

Ramai yang sudah muak dengan Astro yang suka hati caj pengguna macam-macam. Mahu berhenti langgan satu channel, kena bayar RM10. Nampak tidak realistik. Begitu juga dengan HyppTV yang channel tidak sebanyak mana dan membosankan. Tambahan lagi, kebanyakan penyedia servis sudah mengenakan cukai pada pengguna.

Lanjutan dari itu, ramai yang beralih pada servis atas talian yang lebih murah.

netflix-malaysia-logo

Apa Itu Netflix?

Sila baca betul-betul. Netflix Malaysia bukan bermakna Netflix buka cawangan di Malaysia. Kami sekadar beritahu yang kini ramai orang boleh akses Netflix dari Malaysia. Netflix ialah servis ‘on demand streaming’ yang membolehkan kita menonton apa-apa sahaja movie yang kita mahu. Dengan syarat, ada di Netflix sahaja. Tidak perlu download, tidak perlu Torrent lagi.

Apa Kebaikan Netflix?

  1. Pertama, tidak perlu bayar Astro lagi. Hidup lebih bebas memilih rancangan yang kita mahu, tidak perlu tonton siaran ulangan selalu.
  2. Banyak sangat movie yang menarik dan best-best
  3. Banyak juga TV Series yang menarik
  4. Boleh tonton guna komputer, laptop, iPad, Samsung TV, Apple TV, PS4, PS3. XBOX, Wii dan macam-macam lagi

Apa Keburukan Netflix?

  1. Ini paling bahaya. Siaran ini tidak sesuai untuk kanak-kanak tanpa jagaan ibu-bapa.
  2. Banyak siaran yang ada adegan ciuman dan 18SX. Juga ada siaran LGBT yang cukup memualkan.
  3. Akan buat kita khayal dan tidak buat apa-apa kerja
  4. Filem dan siri TV adalah yang penuh dan bersambung. Kuatkan diri agar tidak terus melekat depan TV.

 

Bagaimana mahu langgan Netflix?

Ini panjang cerita. Kami syorkan anda Google atau cari maklumat di forum Lowyat.net. Mereka membincangkan perkara ini dengan cukup mendalam.

Semoga sedikit informasi ini dapat beri manfaat!

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×