Normal dalam kalangan anak-anak yang kian membesar, mereka sering tertanya-tanya dengan keadaan di sekeliling mereka. Ini juga termasuk dengan setiap perkara yang mereka dengar dari pertuturan orang yang lebih dewasa. Sebab itulah, ibu bapa dipesan supaya tidak menuturkan kata-kata yang negatif apabila berada di hadapan anak-anak.
Namun, apabila mereka berada di sekolah dalam pembelajaran subjek Sains atau mendengar berita-berita kes rogol di kaca TV, tidak lari bagi mereka untuk tahu dengan lebih lanjut tentang istilah perkataan tersebut. Bukan sahaja anak-anak yang sudah bersekolah, malah anak-anak kecil juga turut sama. Apa yang mak ayah nak jawab?
APA NAK JAWAB BILA ANAK 10 TAHUN TANYA APA ITU ROGOL, BERSETUBUH, AIR MANI?
Ini adalah soalan dari anak yang berumur 10 tahun ye. Anak perempuan. Kalau ikutkan umur 9 tahun pun, kita dah boleh prepare anak bakal remaja kita ni. Apa yang Ibu selalu pesan, JADILAH IBU BAPA YANG PROAKTIF. SENTIASA BERSEDIA LEBIH AWAL. #AudioParentingBijakPro
KITA KENA, AT LEAST ONE STEP AHEAD. Kitalah ibu bapa ni kena lebih advance dari anak-anak. Memang takde cara lain, kita kena belajar macam-macam displin ilmu dalam parenting ni. Dari bab psikologi, komunikasi, seksualiti, neurologi, multiple intelligences dll.
Zaman dah berubah. Takkan kita nak PARENTkan anak dengan cara parents kita dulu-dulu lagi kan. Zaman anak kita dewasa, dunia pekerjaannya pun dah lain. Tak boleh harap makan gaji. Kena ada inter dan intra personal skill yang tinggi. Nak kongsi pengalaman Pn Yasmin Sari bagaimana dia menjawab soalan anaknya.
Masa anak lelaki min masa tu umur 10tahun ada tanya, bagaimana bayi tercipta. Memang ada tengok dengan dia video penciptaan manusia dalam youtube. Ada video dalam rahim. Cantik perjalanan..dari mani tu masuk dalam rahim berenang sangat jauh dan akhirnya sampai pada ovum, hingga bentuk bayi..yang adik-adik ok dah. Tapi, yang abang ni ada soalan tambahan lagi iaitu tentang bersetubuh, rogol dan air mani.
Berdebor juga nak jawab. Masa tu jadi clueless sebab soalan macam bertubi-tubi. So, min minta tangguhkan dulu. Min kata, “Ibu akan jawab kemudian ya.” Dalam pada tu, cepat-cepat cari jawapan yang terbaik dan rujuk guru-guru. Lepas dah mentelaah, dan buat study dulu barulah min berani jawab. Dan Min memang ambil masa yang lebih selesa untuk explain kat dia. One to one. Masa tu dating berdua dengan dia dekat kedai makan.
TANYA SEJAUH MANA PEMAHAMAN ANAK-ANAK
Jawapan min:
Min kata, “Air mani adalah dari ayah dan akan masuk ke dalam rahim ibu. Proses masukkan air mani tu dipanggil bersetubuh.Anak nampak terkelip-kelip wajahnya.”
Lepas tu, min tanya dia, “Apa yang Hazim faham tentang bersetubuh?”
Perlu juga kita tanya. Sebab nak explore sejauh mana yang dia faham dan tahu. Lagipun, masa darjah 2 dah belajar dalam subjek Feqah. Cuma sejauh mana kefahaman dia, itu yang kita nak check.
Hazim jawab, “Tahlah, hazim pun tak faham. Tapi ustaz kata hubungan suami isteri. Tapi hazim pun tak faham hubungan macamana.”
Untuk explain bersetubuh tu, kita boleh explain dengan mudah. Katakan :
“Bersetubuh ni, ia seperti pen yang dimasukkan ke dalam sarung macam ni. Maknanya masukkan ZAKAR ke dalam FARAJ.”
Okay…nampak anak masih blur-blur. Min tambah,“Bersetubuh ini ada 3 keadaan :
1. BERKAHWIN
2. ZINA
3. ROGOL
Bersetubuh ini hanya HALAL bagi orang yang dah berkahwin. Bagi suami isteri. Macam ibu dan abah. Ia menjadi ibadah dalam Islam. Dalam lingkungan tanggungjawab. Dapat pahala. ZINA adalah proses bersetubuh yang dilakukan bagi pasangan yang BELUM BERKAHWIN. Dalam Islam, ianya HARAM.
Kalau dalam HUKUM ISLAM, HUKUMAN orang BERZINA bagi orang dah berkahwin REJAM SAMPAI MATI manakala yang belum berkahwin DISEBAT di khalayak ramai. Dahsyatkan. Kalau Allah turunkan hukuman seberat ini, maknanya mesti besar dosanya ini. Mudharat ni pun besar pada masyarakat kalau dibiarkan.
ROGOL pula adalah tingkahlaku JENAYAH yang membolehkan si pelaku ini ditangkap POLIS. ROGOL dilakukan secara paksa dengan orang lain atau orang bawah umur. Kalau dalam Akta Jenayah Kanun Keseksaan Seksyen 371. Rogol ialah apabila zakar lelaki dimasukkan ke dalam faraj wanita secara paksa. Ia adalah salah dari segi undang-undang.
Perkataan ROGOL yang selalu keluar kat berita, suratkhabar tu bermaksud kesalahan undang-undang atau tingkahlaku salah jenayah berat yang polis boleh tangkap pesalah tu.” Kemudian, explainlah tentang BATASAN PERGAULAN DALAM ISLAM, HIKMAH PERKAHWINAN DAN TANGGUNGJAWAB SEORANG LELAKI, SUAMI DAN ISTERI SECARA SANTAI. Supaya anak nampak isu ini berat dan penuh tanggungjawab.
Nampak anak tu mcm terpinga-pinga. Tapi, dia kata tak berapa faham. InsyaAllah, anak ok kot. Sebab dia dah tak tanya dah. Maybe puas dengan explanation min. Fasa explain ini, bukanlah untuk bagi dia faham sefahamnya. Cukuplah sekadar persoalannya terjawab dan sampai dia dah takde soalan nak tanya. Kefahaman tu, insyaAllah akan datang perlahan-lahan. Dan paling penting, kalau datang pun isu-isu sensitif yang lain, dia tahu kat sapa dia nak tanya dan dia tak takut untuk bertanya.
KESIMPULANNYA
Bila anak bertanya, bermakna anak sudah sedia nak tahu. Syaratnya, kita sampaikan, rileks dan jujur. Masukkan element Hukuman, Batasan, Tanggungjawab untuk menunjukkan ini adalah PERKARA SERIUS. Anda dapat sesuatu tak dari posting ini?
Sumber: Ibu Rose- Mesejnya Kasih