Cantik

DIY Eye Mask Guna Timun Untuk Hilangkan Bawah Mata Hitam, Selamat Tinggal Mata Panda!

19
SHARES
hitam bawah mata

Selalu tidur lambat, tidur tidak cukup dan letih menjadi salah satu punca kenapa terjadinya hitam bawah mata anda. Kalau tidak diletakkan bahan-bahan penjagaan kulit yang betul dari awal, memang makin hitam bawah mata tersebut dan kelihatan seperti seekor panda. Jadi, untuk anda yang tidak mempunyai bajet besar bagi menghilangkan ‘dark circle’ ini dengan cepat, ada cara yang hanya mengeluarkan bajet beberapa ringgit sahaja.

Caranya adalah dengan menggunakan eye mask secara DIY sahaja iaitu perlukan timun dan cotton pads. Hasilnya memang boleh  melembabkan bawah mata dan hilangkan dark circle. Anda boleh cuba dekat rumah!

Baca juga: Cara Hilangkan Parut Jerawat Paling Cepat & Jimat Poket Sebelum Raya, Guna Kopi Je!

HILANGKAN HITAM BAWAH MATA GUNA TIMUN

hitam bawah mata

Bahan-bahan:

-Timun
-Cotton pads

hitam bawah mata

Cara-caranya:

1.Ambil cotton pads dan guntingkan separuh dalam bentuh seperti bulan sabit.

2.Celupkan dalam rendaman jus timun.

3.Timun tersebut telah dipotong dan dihancurkan sebelum itu.

4.Bila sudah rendam, letakkan cotton pads ke dalam bekas.

5.Tuangkan lebihan jus timun tadi ke dalam bekas tersebut supaya cotton pads sentiasa lembap.

6.Letak dalam peti sejuk dulu selama sejam, dan kemudian boleh digunakan di bawah mata!

*Selamat mencuba!

Baca juga: Cara Pilih ‘Cutting’ Baju Raya Yang Sesuai Supaya Nampak Kurus & Cun Di Aidilfitri Nanti!

Sumber: Irdina via Lemon8

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×